Bintang TV terkenal kini peminta sedekah, tinggal di gua
Oleh BIANCA HILMAN
DULU wajahnya menghiasi layar kaca dalam drama popular seperti Shaktimaan, Diya Aur Baati Hum dan Agle Janam Mohe Bitya Hi Kijo.
Namun kini, pelakon TV terkenal di Bollywood, Nupur Alankar memilih kehidupan jauh dari sorotan dunia glamor - hidup sederhana, namun pernah sehingga meminta sedekah, dan menetap di dalam gua.
Keputusan itu lahir daripada kehilangan besar yang memusnahkan segalanya yang pernah dimilikinya.
Wajah dan penampilan terkini Nupur Alanka selepas 'meninggalkan' duniawi (FOTO: Medsos).
💔 Apabila dunia terbalik dalam sekelip mata
Dilahirkan pada 25 November 1972 di Jaipur, beliau berkecimpung dalam industri selama 27 tahun dengan membintangi kira-kira 157 produksi.
Mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti ...

