
Oleh BIANCA HILMAN
HAI, mamas & readers Voolora! 🌸
Baru-baru ini, dunia sukan tempur heboh dengan satu video tular yang cukup buat kita angkat kening.
Bayangkan dua kanak-kanak, Al Fateh (Malaysia) dan Fadilah (Indonesia), hampir bergaduh semasa sesi face-off dalam Warzone World Championship (WWC)! 😱
Insiden itu terus mendapat perhatian Safee Sali, bekas penyerang kebangsaan kita, yang menyokong teguran daripada atlet muay thai muda, Johan Ghazali atau dikenali sebagai Jojo, kepada pihak penganjur WWC.

Safee kata, kanak-kanak sepatutnya diajar adab, hormat, dan disiplin, bukannya ‘acah-acah bergaduh di atas pentas’. Tepat itu, bukan?
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, juga mengesahkan bahawa kejohanan WWC itu tidak mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Menurut Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576), sebarang acara sukan antarabangsa perlu mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), kalau tak… boleh kena tindakan undang-undang. 😬

Sebagai ibu bapa (atau ‘super aunties’ & readers Voolora yang prihatin), apa yang boleh kita ambil pengajaran?
- Keselamatan anak No. 1 – Pastikan acara sukan yang mereka sertai ada pengawasan profesional.
- Nilai itu penting – Ajar anak hormat, disiplin, dan fair play. Jangan biar mereka ikut gaya ‘bergaduh di atas pentas’.
- Media sosial bijak – Video tular memang menarik, tapi bukan semua sesuai ditonton anak-anak kita.

Keseronokan sukan memang best, tapi jangan sampai keselamatan dan nilai moral anak-anak kita terabai. Safee Sali dan Jojo pun dah bagi signal jelas – kita kena bijak dan bertanggungjawab! 💖
Jadi mamas, next time anak minta sertai pertandingan, pastikan event itu selamat, beretika, dan sesuai umur.
Ingat, tak semua yang glitter itu emas (Golden, macam lagu popular Huntr/x dalam filem animasi K-Pop Demon Hunters)… ada yang cuma drama atas pentas!
