Saturday, May 30

Grammy 2026: Bintang K-Pop, Rosé Blackpink, Huntr/x  raih pencalonan utama

Oleh BIANCA HILMAN

PENCALONAN rasmi bagi Anugerah Grammy ke-68 akhirnya diumumkan, menandakan bermulanya musim anugerah muzik paling berprestij dunia. 

Tahun ini menyaksikan persaingan sengit antara nama besar dikuasai Kendrick Lamar, Lady Gaga, Bad Bunny dan Sabrina Carpenter, menurut pengumuman Recording Academy yang disiarkan secara langsung pada awal pagi Sabtu.

Namun, yang mencuri perhatian sudah tentu kemunculan beberapa wajah baharu Grammy khususnya dari dunia muzik K-Pop – Rosé Blackpink dan grup yang mengalunkan lagu-lagu hit dari filem animasi popular Netflix, KPop Demon Hunters – Huntr/x,  serta kumpulan pop global, Katseye.

Huntr/x mendahului dengan meraih empat pencalonan, Rosé dengan tiga pencalonan) dan Katyse, satu pencalonan.

Huntr/x dianggotai EJAE (tengah) diapit Audrey Nuna (kanan) dan Rei Ami (FOTO: Medsos)

Kejutan itu hadir dari arena K-pop apabila lagu APT. koloborasi duo Rosé Blackpink &  Bruno Mars tersenarai dalam antara Top 2 anugerah tertinggi Grammy – Record of the Year, menjadikan ia antara kolaborasi lintas budaya paling mendapat perhatian global. 

Rosé dan Mars juga meraih pencalonan untuk kategori Song of the Year dan Best Pop Duo/Group Performance.

Lagu Golden daripada projek animasi K-Pop Demon Hunters oleh Huntri/x (dianggotai EJAE, Audrey Nuna, Rei Ami) pula tercalon dalam kategori Song of the Year dan Best Pop Duo/Group Performance, serta Best Song Written For Visual Media dan Best Compilation Soundtrack For Visual Media for the film’s soundtrack –  menandakan kebangkitan global muzik K-pop  di pentas Grammy.

Rapper berpengaruh, Kendrick Lamar mengetuai senarai pencalonan tahun ini dengan jumlah tertinggi – sembilan pencalonan, termasuk dalam kategori utama Record of the Year bersama SZA menerusi lagu Luther.

Album terbaharunya, GNX, turut tersenarai dalam kategori Album of the Year, mengukuhkan lagi reputasinya sebagai antara figura paling berpengaruh dalam genre muzik hip-hop moden.

Katseye meraih pencalonan Grammy dalam kategori Best New Artis (FOTO:Medsos).

Lady Gaga kembali dengan kekuatan luar biasa melalui album Mayhem, yang menerima pencalonan besar dalam kategori Album of the Year serta Record of the Year untuk single Abracadabra.

Sementara itu, Bad Bunny mencipta sejarah apabila menjadi antara sedikit artis Latin yang memperoleh pencalonan dalam ketiga-tiga kategori utama — Album, Record dan Song of the Year — melalui album Debí Tirar Más Fotos dan lagu DtMF.

Bintang pop muda Sabrina Carpenter terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dengan pencalonan untuk Record of the Year (Manchild) dan Album of the Year (Man’s Best Friend).

Kategori Best New Artist pula menyaksikan persaingan menarik antara Olivia Dean, Katseye, The Marías, Addison Rae, Sombr, Leon Thomas, Alex Warren, dan Lola Young — mewakili generasi baharu yang semakin menyerlah di pentas antarabangsa.

Majlis penganugerahan ini dijadual berlangsung pada 1 Februari 2026 di Crypto.com Arena, Los Angeles, dan akan disiarkan secara langsung melalui rangkaian CBS Television Network serta boleh distrim eksklusif di Paramount+.

Kategori utama Grammy

Album of the Year

  • Debí Tirar Más Fotos – Bad Bunny
  • Swag – Justin Bieber
  • Man’s Best Friend – Sabrina Carpenter
  • Let God Sort ’Em Out – Clipse (Pusha T & Malice)
  • Mayhem – Lady Gaga
  • GNX – Kendrick Lamar
  • Mutt – Leon Thomas
  • Chromakopia – Tyler, the Creator

Record of the Year

  • DtMF – Bad Bunny
  • Manchild– Sabrina Carpenter
  • Anxiety – Doechii
  • Wildflower – Billie Eilish
  • Abracadabra – Lady Gaga
  • Luther – Kendrick Lamar & SZA
  • The Subway – Chappell Roan
  • APT. – Rosé & Bruno Mars

Song of the Year

  • Abracadabra – Lady Gaga
  • Anxiety – Doechii
  • APT. – ROSÉ & Bruno Mars
  • DtMF – Bad Bunny
  • Golden – Huntr/x (EJAE, Audrey Nuna, Rei Ami)
  • Luther – Kendrick Lamar & SZA
  • Manchild – Sabrina Carpenter
  • Wildflower – Billie Eilish

Best New Artist

  • Olivia Dean
  • Katseye
  • The Marías
  • Addison Rae
  • Sombr
  • Leon Thomas
  • Alex Warren
  • Lola Young

Kategori genre utama Grammy

Best Pop Vocal Album
Lady Gaga – Mayhem
Sabrina Carpenter – Man’s Best Friend
Justin Bieber – Swag
Miley Cyrus – Something Beautiful
Teddy Swims – I’ve Tried Everything but Therapy (Part 2)

Best Rap Album
Kendrick Lamar – GNX
Clipse – Let God Sort ’Em Out
JID – God Does Like Ugly
GloRilla – Glorious
Tyler, the Creator – Chromakopia

Best R&B Album
Leon Thomas – Mutt
Coco Jones – Why Not More?
Givēon – Beloved
Ledisi – The Crown
Teyana Taylor – Escape Room