Saturday, May 30

Tag: #kpopdemonhunters

Golden, lagu K-Pop pertama menang Oscar 
Berita, Hiburan

Golden, lagu K-Pop pertama menang Oscar 

Oleh BIANCA HILMAN SEKADAR menang anugerah sampingan Grammy 2026 – Lagu Terbaik yang Ditulis untuk Media Visual (Best Song Written for Visual Media) pada 1 Februari lepas, filem animasi yang meraih populariti mega di seluruh dunia, KPop Demon Hunters sebaliknya merangkul  antara dua anugerah utama Oscar 2026 pada majlis Anugerah Academy yang berlangsung pada Ahad di  Dolby Theatre, Ovation Hollywood,  Los Angeles, California.  Meraih lima anugerah pencalonan Grammy 2026, Golden - lagu hit KPop Demon Hunters yang dikalahkan Billie Eilish menerusi Windflower dalam kategori Lagu Terbaik Tahun Ini (Song of the Year), sebaliknya diumumkan sebagai pemenang Oscar kategori Lagu Asal Terbaik, sementara KPop Demon Hunters dinobatkan Filem Animasi Terbaik. Michal ...
One Battle After Another, KPop Demon Hunters menang Golden Globe 2026 pula
Berita, Hiburan

One Battle After Another, KPop Demon Hunters menang Golden Globe 2026 pula

Oleh BIANCA HILMAN One Battle After Another dan KPop Demon Hunters mengulangi kejayaan merangkul Anugerah Critics Choice 2026 pada Ahad lepas, apabila diumumkan sebagai pemenang kategori sama, kali untuk Anugerah Golden Globe 2026 yang berlangsung pada hari ini. One Battle After Another yang menang Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik Anugerah Critics Choice 2026 kali ini merangkul anugerah sama pada Golden Globe 2026 , cuma apa yang berbeza kali ini ia menang kategori Filem Muzikal/Komedi Terbaik. Sementara KPop Demon Hunters merangkul dua anugerah yang sama - Filem Animasi Terbaik dan Lagu Asal Terbaik menerusi lagu hit, Golden. Aktor muda Timothée Chalamet mencuri perhatian apabila memenangi Anugerah Critics Choice 2026 kategori Pelakon Lelaki Terbaik men...
One Battle After Another, KPop Demon Hunters pemenang Critics Choice 2026
Berita, Hiburan

One Battle After Another, KPop Demon Hunters pemenang Critics Choice 2026

Oleh BIANCA HILMAN SANTA MONICA, CALIFORNIA: One Battle After Another muncul sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Critics Choice 2026, yang berlangsung meriah pada malam Ahad.  Kejayaan filem lakonan Leonardo DiCaprio  ini turut diserlahkan dengan kemenangan Paul Thomas Anderson untuk satu lagi anugerah utama - Pengarah Terbaik, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pembikin filem paling berpengaruh masa kini. Menerusi filem sama Anderson juga diumumkan sebagai pemenang satu lagu anugerah, Lakon Layar Adaptasi Terbaik. Barisan karyawan KPop Demon Hunters di pentas majlis Anugerah Critics 2026 selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Filem Animasi Terbaik. Malam anugerah tersebut turut menyaksikan kejayaan besar filem seram Sinners, yang membawa pulang...
Grammy 2026: Bintang K-Pop, Rosé Blackpink, Huntr/x  raih pencalonan utama
Berita, Hiburan

Grammy 2026: Bintang K-Pop, Rosé Blackpink, Huntr/x  raih pencalonan utama

Oleh BIANCA HILMAN PENCALONAN rasmi bagi Anugerah Grammy ke-68 akhirnya diumumkan, menandakan bermulanya musim anugerah muzik paling berprestij dunia.  Tahun ini menyaksikan persaingan sengit antara nama besar dikuasai Kendrick Lamar, Lady Gaga, Bad Bunny dan Sabrina Carpenter, menurut pengumuman Recording Academy yang disiarkan secara langsung pada awal pagi Sabtu. Namun, yang mencuri perhatian sudah tentu kemunculan beberapa wajah baharu Grammy khususnya dari dunia muzik K-Pop - Rosé Blackpink dan grup yang mengalunkan lagu-lagu hit dari filem animasi popular Netflix, KPop Demon Hunters - Huntr/x,  serta kumpulan pop global, Katseye. Huntr/x mendahului dengan meraih empat pencalonan, Rosé dengan tiga pencalonan) dan Katyse, satu pencalonan. Huntr/x dianggotai E...
Kpop Demon Hunters 2 ditayangkan 2029 
Berita, Hiburan

Kpop Demon Hunters 2 ditayangkan 2029 

Oleh BIANCA HILMAN BERSEDIA,  fandom K-pop dan pencinta animasi! 🌟Filem fenomena global KPop Demon Hunters akan kembali ke skrin, kali ini dengan lebih banyak muzik, sihir, dan gaya! Netflix dan Sony Pictures Animation baru sahaja memeterai perjanjian rasmi untuk menghasilkan sekuel animasi yang dijangka dilancarkan pada tahun 2029, menurut laporan Bloomberg. 🎤Dari pentas konsert ke dunia gelap syaitan - Kembali dengan irama & kuasa KPop Demon Hunters bukan sekadar kisah gadis comel dengan lagu catchy.  Ia mengisahkan kumpulan gadis K-pop fiksyen, Huntr/x yang menggunakan kekuatan muzik mereka untuk menentang makhluk gelap dan melindungi dunia.  Filem ini mencuri perhatian global bukan sahaja dengan visualnya yang penuh warna dan aksi bertenaga, tetapi ...
‘Top 10’ kostum Halloween paling popular 2025
Berita, Glamour

‘Top 10’ kostum Halloween paling popular 2025

Oleh BIANCA HILMAN GOOGLE  Frightgeist (sebahagian daripada Google Trends), alat tahunan daripada Google yang menggunakan data carian untuk mendedahkan ‘Top 10’ aliran carian Halloween paling popular untuk kostum. Lima tangga teratas masing-masing dikuasai dari tempat pertama hingga kelima oleh watak-watak dalam filem animasi tersohor Netflix, KPop Demon Hunters - Rumi, Zoey, Mira, Jiny dan Baby Saja, manakala Derphy, satu lagi watak naskhah tersebut berada di tempat kelapan. Jinu (tengah) dan Baby Saja (dua dari kiri) - dua karakter band grup Saja Boys daripada filem animasi, KPop Demon Hunters (FOTO: Medsos). Berikut senarai Top 10 kostum paling popular 2025 trending ketika ini: 🔟 - The Lorax (Karakter daripada animasi Dr. Seuss) 9️⃣ - Elphaba (watak daripada filem...