
Oleh BIANCA HILMAN
BERSEDIA, fandom K-pop dan pencinta animasi! 🌟
Filem fenomena global KPop Demon Hunters akan kembali ke skrin, kali ini dengan lebih banyak muzik, sihir, dan gaya!
Netflix dan Sony Pictures Animation baru sahaja memeterai perjanjian rasmi untuk menghasilkan sekuel animasi yang dijangka dilancarkan pada tahun 2029, menurut laporan Bloomberg.
🎤Dari pentas konsert ke dunia gelap syaitan – Kembali dengan irama & kuasa
KPop Demon Hunters bukan sekadar kisah gadis comel dengan lagu catchy.
Ia mengisahkan kumpulan gadis K-pop fiksyen, Huntr/x yang menggunakan kekuatan muzik mereka untuk menentang makhluk gelap dan melindungi dunia.
Filem ini mencuri perhatian global bukan sahaja dengan visualnya yang penuh warna dan aksi bertenaga, tetapi juga kerana semangat persahabatan dan girl power yang sangat menginspirasi.
🔥Kejayaan mega di Netflix dan luar talian
Selepas tayangan sulungnya di Netflix, KPop Demon Hunters mencipta sejarah sebagai filem paling popular sepanjang masa di platform itu!
Tiga lagu asalnya – Golden, Your Idol, dan Soda Pop turut menembusi Carta Billboard Hot 100, malah dikatakan berpotensi meraih pencalonan Grammy.
Kejayaan luar biasa itu juga membawa filem ini ke pawagam untuk acara khas versi nyanyian bersama, di mana para peminat dapat menyanyi dan menari bersama idola animasi mereka.
Tayangan dua hari pertama menjana lebih AS$18 juta, manakala acara Halloween menambah lagi AS$5-AS$6 juta, meskipun filem itu sudah lama disiarkan di Netflix.
🎬Pengarah janjikan dunia lebih luas
Pengarah bersama, Maggie Kang, yang turut menerajui filem pertama bersama Chris Appelhans, mendedahkan bahawa banyak misteri dan latar belakang watak belum diterokai.
“Kami telah sediakan begitu banyak untuk masa depan. Banyak soalan masih belum dijawab, dan dunia ini masih luas untuk diterokai,” kata Kang kepada Variety.
💅Sabar, tapi berbaloi
Dengan proses animasi yang rumit, jurang masa empat tahun antara dua filem ini bukan sesuatu yang luar biasa. Namun, melihat kepada kejayaan besar filem pertama, para peminat pastinya sanggup menunggu.
Jadi, sementara kita menantikan KPop Demon Hunters 2 menjelang 2029, tak salah kalau kita ulang tonton filem asal – dan mungkin hafal semula koreografi Golden! 💫
✨ #VooloraNotes:
Kekuatan wanita, muzik, dan keberanian — KPop Demon Hunters membuktikan bahawa gadis bukan sahaja boleh menguasai pentas konsert, tetapi juga menyelamatkan dunia dengan gaya tersendiri!
