Tuesday, July 21

Posh Spice kini Lady Victoria

Oleh BIANCA HILMAN

Tiada perkataan dapat menggambarkan banggannya diriku terhadapmu@davidbekham! Ia sesungguhnya sangat indah meraikanmu dengan kedua-dua belah keluarga dan rakan-rakan pada malam tadi di restoran kesukaan kita di London.

Terima kasih @gordongram dan @Tanaramsey kerana menjadi hos kami di @RestaurantGordonRamsey – ia adalah malam yang tidak akan kami lupakan. Kami  sangat menyayangi kedua-dua kamu. xx

Pasangan David dan Victoria Beckham bersama tiga anak mereka: Romeo, Cruz dan Harper di Restoran Gordon Ramsey, London (FOTO: Medsos).

Begitu luahan rasa Victoria dan kesemua anaknya (tanpa kehadiran anak sulungnya, Brooklyn) meraikan ketua keluarga mereka, Sir David David Beckham di restoran mewah chef selebriti tersohor, Gordon Ramsey di London pada malam tadi.

David sebenarnya baru sahaja mencatat kejayaan bersejarah pada pagi semalam dalam gaya lelaki elegan, tatkala menerima gelaran kesatrianya daripada Raja Charles di Istana Windsor sambil menggayakan sut lelaki yang pertama kali disesuaikan dengan VB – label fesyen isterinya Victoria Beckham.

Gaya penuh elegan Sir David dan Lady Victoria Beckham di Istana Winsdor, London (FOTO: Medsos).

Bekas pemain bola sepak tersohor yang kini secara rasminya dianugerahkan gelaran Sir memilih sut pagi tiga helai tersuai yang dibuat daripada adunan bulu mohair British berwarna kelabu arang. 

Fesyen sut itu mewakili lembaran baharu untuk jenama Victoria Beckham, memperkenalkan ciptaan pakaian lelaki rasminya yang pertama selepas hampir 17 tahun dalam bisnes fesyen global. 

David menerima gelaran kesatrianya daripada Raja Charles di Istana Windsor (FOTO: Medsos)

Berdiri dengan bangga di samping suaminya, Victoria, yang dulu ketika popular bersama Spice Girl meraih gelaran Posh Spice,  kini secara rasminya bergelar Lady Victoria, memakai dress Bela, jenama VB paling laris.

Victoria meraikan suaminya di Instagram, dengan menulis, “David, sejak saya bertemu dengan kamu  28 tahun yang lalu, kamu  sentiasa berbangga untuk mewakili negaramu

Ahli keluarga kedua-dua Sir David dan Lady Victoria hadir dalam majlis keraian di Restoran Gordon Ramsey, London (FOTO: Medsos)

Sama ada di dalam atau di luar padang, tiada siapa yang menyayangi England atau lebih menghormati Keluarga Diraja kita, jadi melihat awak dianugerahkan (gelaran kesatrua) oleh Raja kita pada hari ini adalah sesuatu yang saya akan hargai selama-lamanya

“Kamu telah mencapai banyak kejayaan, namun kamu masih lagi merendah diri. Sebagai suami dan bapa yang paling hebat, saya tidak pernah berasa lebih bangga daripada saya hari ini, Tuan @davidbeckham, kami semua sangat menyayangi anda xxx.”

Momen itu juga datang apabila perhatian baharu menyelubungi keluarga Beckham berikutan pelancaran dokumentari Victoria Beckham disiarkan di Netflix, yang mula ditayangkan pada bulan lepas.