Saturday, May 30

One Battle After Another, KPop Demon Hunters pemenang Critics Choice 2026

Oleh BIANCA HILMAN

SANTA MONICA, CALIFORNIA: One Battle After Another muncul sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Critics Choice 2026, yang berlangsung meriah pada malam Ahad. 

Kejayaan filem lakonan Leonardo DiCaprio  ini turut diserlahkan dengan kemenangan Paul Thomas Anderson untuk satu lagi anugerah utama – Pengarah Terbaik, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pembikin filem paling berpengaruh masa kini.

Menerusi filem sama Anderson juga diumumkan sebagai pemenang satu lagu anugerah, Lakon Layar Adaptasi Terbaik.

Barisan karyawan KPop Demon Hunters di pentas majlis Anugerah Critics 2026 selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Filem Animasi Terbaik.

Malam anugerah tersebut turut menyaksikan kejayaan besar filem seram Sinners, yang membawa pulang empat anugerah utama termasuk bagi kategori Pemilihan dan Barisan Pelakon Terbaik, kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini dan dimenangi oleh Penerbit dan Pengarah Barisan Lakonan, Francine Maisle. 

Filem itu juga menyaksikan Miles Caton dinobatkan sebagai Pelakon Muda Terbaik, manakala Ryan Coogler dan Ludwig Göransson masing-masing memenangi Lakon Layar Asal Terbaik dan Skor Muzik Terbaik.

Dalam kategori lakonan filem, aktor muda Timothée Chalamet mencuri perhatian apabila memenangi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Marty Supreme mengalahkan empat lagi calon termasuk DiCaprio. 

Aktor Timothée Chalamet menjulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Critics Choice 2026.

Jessie Buckley pula membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik hasil persembahan mantapnya dalam Hamnet

Jacob Elordi dan Amy Madigan masing-masing memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Frankenstein) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Weapons).

Madigan mengalahkan empat calon termasuk calon favourite, Ariana Grande (Wicked For Good).

Bagi kategori televisyen, Adolescence mencipta kejutan apabila memenangi Siri Terhad Terbaik, dengan barisan pelakonnya Erin Doherty, Stephen Graham dan Owen Cooper turut menerima pengiktirafan lakonan. 

Ejae (tengah), Audrey Nuna dan Rei Ami, vokalis di sebalik trio Huntrix dalam KPop Demon Hunters dengan trofi Lagu Terbaik.

Sarah Snook pula memenangi anugerah lakonan siri terhad menerusi All Her Fault. Sementara itu, Jimmy Kimmel Live! dinobatkan sebagai Program Bual Bicara Terbaik.

Dalam kategori drama bersiri, anugerah lakonan diberikan kepada Noah Wyle dan Katherine LaNasa (The Pitt), Tramell Tillman (Severance), serta Rhea Seehorn (Pluribus).

Genre komedi juga tidak ketinggalan, dengan Studio memenangi Siri Komedi Terbaik. Seth Rogen dan Ike Barinholtz (Studio), bersama Jean Smart (Hacks) dan Janelle James (Abbott Elementary), turut membawa pulang trofi lakonan masing-masing.

Amy Madigan merangkul Pelakan Pembantu Filem Wanita Terbaik.

Dalam kategori muzik dan animasi, lagu popular Golden daripada KPop Demon Hunters dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, manakala produksi eksklusif Netflix tersebut turut memenangi anugerah Filem  Animasi Terbaik mengalahkan pesaingnya termasuk filem animasi blockbuster, Zootopia 2.

Majlis tahunan ini sekali lagi dihoskan oleh Chelsea Handler buat tahun keempat berturut-turut.

Selain Pemilihan dan Barisan Pelakon Terbaik, tahun ini juga menyaksikan tiga lagi kategori baharu diperkenalkan – Siri Variasi Terbaik, Reka Bentuk Aksi, dan Reka Bentuk Bunyi, menjadikan majlis Anugerah Critics Choice kali ke-31 ini lebih segar dan relevan dengan landskap hiburan semasa.

Senarai pemenang Anugerah Critics Choice 2026

Filem Terbaik

One Battle After Another

Pelakon Lelaki Terbaik

Timothée Chalamet, (Marty Supreme)

Pelakon Wanita Terbaik

Jessie Buckley, (Hamnet)

Pengarah Terbaik

Paul Thomas Anderson, (One Battle After Another)

Lakon Layar Asal Terbaik

Ryan Coogler, (Sinners)

Lakon Layar Adaptasi Terbaik

Paul Thomas Anderson, (One Battle After Another)

Reka Bentuk Aksi Terbaik

Wade Eastwood, (Mission: Impossible – The Final Reckoning)

Skor Terbaik

Ludwig Göransson, (Sinners)

Filem Produksi TV Terbaik

Bridget Jones: Mad About the Boy

Siri Variasi Terbaik

Last Week Tonight with John Oliver

Filem Animasi Terbaik

KPop Demon Hunters

Lagu Terbaik

Golden – Ejae, Mark Sonnenblick, Ido, 24, Teddy – (KPop Demon Hunters)

Siri Drama TV Terbaik

The Pitt

Pelakon Siri Drama TV Wanita Terbaik 

Rhea Seehorn, (Pluribus)

Pelakon Siri Drama TV Lelaki Terbaik

Noah Wyle, (The Pitt)

Pelakon Pembantu Siri Drama TV Lelaki Terbaik

Tramell Tillman, (Severance)

Pelakon Pembantu Siri Drama TV Wanita Terbaik

Katherine LaNasa, (The Pitt)

Pelakan Pembantu Filem Wanita Terbaik

Amy Madigan, (Weapons)

Pelakon Pembantu Filem Lelaki Terbaik

Jacob Elordi, (Frankenstein)

Siri Komedi TV Terbaik

The Studio

Pelakon Siri Komedi TV Wanita Terbaik

Jean Smart, (Hacks)

Pelakon Siri Komedi TV Lelaki Terbaik

Seth Rogen, (The Studio)

Pelakon Pembantu Siri Komedi TV Lelaki Terbaik

Ike Barinholtz, (The Studio)

Pelakon Pembantu Siri Komedi TV Wanita Terbaik

Janelle James, (Abbott Elementary)

Program Bual Bicara Terbaik

Jimmy Kimmel Live!

Pemilihan dan Barisan Pelakon Terbaik

Francine Maisler, (Sinners)

Siri Terhad TV Terbaik

Adolescence

Pelakon Siri atau Filem Terhad TV Wanita Terbaik

Sarah Snook, (All Her Fault)

Pelakon Siri atau Filem Terhad TV Lelaki Terbaik

Stephen Graham, (Adolescence)

Pelakon Pembantu Siri atau Filem Terhad TV Lelaki Terbaik

Owen Cooper, (Adolescence)

Pelakon Pembantu Siri atau Filem Terhad TV Wanita Terbaik

Erin Doherty, (Adolescence)

Pelakon Muda Terbaik

Miles Caton, (Sinners)

Filem Bahasa Asing Terbaik

The Secret Agent

Best Comedy

The Naked Gun

Siri Bahasa Asing Terbaik

Squid Game

Siri Animasi Terbaik

South Park

Sinematografi Terbaik

Adolpho Veloso, (Train Dreams)

Program TV Komedi Khas Terbaik

SNL50: The Anniversary Special

Reka Bentuk Produksi Terbaik

Tamara Deverell, Shane Vieau, (Frankenstein)

Suntingan Terbaik

Stephen Mirrione, (F1)

Reka Bentuk Kostum Terbaik

Kate Hawley, (Frankenstein)

Solekan dan Gaya Rambut Terbaik

Mike Hill, Jordan Samuel, Cliona Furey, (Frankenstein)

Efek Visual Terbaik

Joe Letteri, Richard Baneham, Eric Saindon, Daniel Barrett, (Avatar: Fire and Ash)