Wednesday, July 22

Intipati perutusan Tahun Baharu 2026 PMX 

Oleh BIANCA HILMAN

KUALA LUMPUR: Berikut senarai inti pati Perutusan Tahun Baharu 2026 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Bantuan & sumbangan

  • Sumbangan Asas Rahman (SARA) RM100 kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari 2026.
  • Pembayaran SARA bulanan akan dibuat secara berperingkat mulai 9 Januari 2026.
  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan bermula 20 Januari 2026.
  • Jualan Rahmah Madani bermula 9 Januari 2026, dan akan diadakan tiga kali sebulan di setiap DUN.
  • Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi setiap murid boleh diambil di sekolah masing-masing.

Pendidikan

  • Peruntukan naik taraf sekolah:
    • RM80 juta untuk SJKC
    • RM50 juta untuk SJKT

Perkhidmatan & sistem

  • Gaji hakim mahkamah dinaikkan selepas 10 tahun tiada kenaikan.
  • Pelaksanaan sistem digital akan dipergiat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Undang-undang & polisi

  • Pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara akan menjadi undang-undang pertama dibentangkan pada sesi Parlimen tahun ini.
  • Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat akan dibentang dan diluluskan di Parlimen tahun ini.
  • Rang Undang-Undang had tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibentang di Parlimen tahun ini.