One Battle After Another, KPop Demon Hunters pemenang Critics Choice 2026
Oleh BIANCA HILMAN
SANTA MONICA, CALIFORNIA: One Battle After Another muncul sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Critics Choice 2026, yang berlangsung meriah pada malam Ahad.
Kejayaan filem lakonan Leonardo DiCaprio ini turut diserlahkan dengan kemenangan Paul Thomas Anderson untuk satu lagi anugerah utama - Pengarah Terbaik, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pembikin filem paling berpengaruh masa kini.
Menerusi filem sama Anderson juga diumumkan sebagai pemenang satu lagu anugerah, Lakon Layar Adaptasi Terbaik.
Barisan karyawan KPop Demon Hunters di pentas majlis Anugerah Critics 2026 selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Filem Animasi Terbaik.
Malam anugerah tersebut turut menyaksikan kejayaan besar filem seram Sinners, yang membawa pulang...

