Friday, June 19

Ribut Tropika Senyar di Melaka: Lebih 27,000 mangsa banjir di seluruh negara

Oleh BIANCA HILMAN

KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir musim tengkujuh Monsun Timur Laut di seluruh negara kini membabitkan 11 negeri kini mencecah  lebih 27,510 dari 9,036  keluarga yang  telah dipindahkan ke-242 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8.30 pagi, hari ini.

Kesemua 11 negari terbabit banjir ialah Kelantan, Perak, Terengganu, Perlis, Kedah, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Melaka, dan Wilayah Persekutuan.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelantan masih mencatat bilangan mangsa banjir terbanyak dengan 6,310 daripada 2,297 keluarga yang ditempatkan di 41 PPS.

Ia membabitkan sebanyak tujuh daerah dengan Tumpat paling ramai bilangan mangsa, mencecah 3,550, sementara daerah lain, Bachok (1,387), Machang (434), Kuala Krai, Tanah Merah (282), (222), Pasir Mas (217), Gua Musang (100).

Empat lagi negeri yang mencatat angka ribuan mangsa banjir ialah Perak sebanyak 5,437 daripada 1,630 keluarga), Terengganu (4,426 daripada 1,342 keluarga), Kedah (4,309 daripada 1,387 keluarga) dan Perlis (3,697 daripada 1,469).

Sementara itu, Pekan Masjid Tanah di Melaka mua dinaiki air sejak malam tadi, 27 November susulan hujan lebat yang melanda secara berterusan akibat pembentukan Ribut Trpoika Senyar di Selat Melaka.