
Oleh BIANCA HILMAN
Majalah TIME memilih sensasi global KPop Demon Hunters sebagai‘Breakthrough of the Year 2025′ dan meletakkan trio animasi Huntr/x sebagai penghias muka depannya – satu pengiktirafan yang hanya diberikan kepada karya atau figura yang benar-benar menggoncang budaya pop dunia.
TIME menegaskan bahawa tiada filem animasi yang menembusi kehidupan penonton sedalam ini sejak kejayaan luar biasa Frozen pada tahun 2013.
Menurut TIME, rahsia kekuatan filem animasi Netflix ini terletak pada gabungan inovasi genre, tenaga visual yang segar, budaya ‘fandom’ yang kuat, serta soundtrack adiktif yang menjadi anthem penegasan diri bagi peminat seluruh dunia.
KPop Demon Hunters bukan sekadar filem — ia telah berkembang menjadi fenomena budaya global.

🚀 Ledakan prestasi: Netflix, Billboard & Spotify pecah rekod
Selain pujian kritikal, KPop Demon Hunters mencatat pelbagai kejayaan luar biasa:
- Netflix: Filem animasi paling trending di peringkat global sejak tayangan bermula pada 20 Jun 2025 telah melebihi 325 juta tontonan dalam tempoh tiga bulan pertamanya, mencatat rekod sebagai filem Netflix yang paling banyak ditonton dan konsiten berada dalam senarai Top 10 di 93 negara.
- Billboard: Lagu tema Golden berjaya memasuki carta muzik utama dan melonjak sebagai salah satu soundtrack animasi paling berjaya tahun ini. Ia meraih takhta No. 1 di carta Billboard Global 200 dan Billboard Global (luar Amerika syarikat) masing-masing selama 18 minggu berturut-turut.
- Spotify: Album runut bunyi (OST) filem ini mencatat angka penstriman yang mengagumkan, dengan beberapa lagu memasuki playlist global utama dan muncul dalam Spotify Wrapped 2025 sebagai antara OST paling banyak distrim tahun tersebut. Lagu hit album itu, Golden oleh trio K-pop fiksyen Huntr/x yang menampilkan suara EJAE, Audrey Nuna dan Rei Ami mencapai 1 bilion penstriman ada November 2025, menjadinya yang terpantas sepanjaang tahun 2025.

🏆 Musim anugerah: Golden Globe 2026 & pengiktirafan badan pengkritik filem
Dominasi KPop Demon Hunters diteruskan di pentas anugerah apabila meraihkan pencalonan dalam tiga kategori di Anugerah Golden Globe 2026 -Filem Animasi Terbaik, Pencapaian Box- Office dan Sinematik, dan Lagu Asli Terbaik melalui lagu hit, Golden.
KPop Demon Hunters turut mencatat deretan kemenangan daripada badan pengkritik filem berprestij, dinobatkan menang anugerah Filem Animasi Terbaik oleh Washington D.C. Area Film Critics Association, New York Film Critics Circle dan African-American Film Critics Association.
Semua pencapaian mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem animasi paling berprestij pada musim anugerah 2025–2026 dan dijangka turut meraih pencalonan Oscar kelak.
Dengan pencapaian global dalam penstriman, muzik, box-office dan festival filem, tidak hairanlah TIME mengangkat KPop Demon Hunters sebagai karya yang mengubah landskap animasi moden — sebuah fenomena hiburan yang meletup dan terus mendominasi budaya pop.
