TIME nobatkan KPop Demon Hunters fenomena terbesar sejak Frozen
Oleh BIANCA HILMAN
Majalah TIME memilih sensasi global KPop Demon Hunters sebagai‘Breakthrough of the Year 2025' dan meletakkan trio animasi Huntr/x sebagai penghias muka depannya - satu pengiktirafan yang hanya diberikan kepada karya atau figura yang benar-benar menggoncang budaya pop dunia. TIME menegaskan bahawa tiada filem animasi yang menembusi kehidupan penonton sedalam ini sejak kejayaan luar biasa Frozen pada tahun 2013.
Menurut TIME, rahsia kekuatan filem animasi Netflix ini terletak pada gabungan inovasi genre, tenaga visual yang segar, budaya 'fandom' yang kuat, serta soundtrack adiktif yang menjadi anthem penegasan diri bagi peminat seluruh dunia.
KPop Demon Hunters bukan sekadar filem — ia telah berkembang menjadi fenomena budaya global.
EJAE ...

