
Oleh BIANCA HILMAN
LOS ANGELES: Walaupun pulang tanpa trofi utama, selain langsung tidak menang, kehadiran dan kejayaan artis K-pop meraih pencalonan pada majlis Anugerah Grammy ke-68 yang berlangsung pada malam Ahad 1 Februari, di sini, (waktu tempatan) tetap mencipta sejarah tersendiri.
Dua pencalonan terkuat K-pop khususnya masing-masing menerusi lagu Golden dan APT. termasuk dalam beberapa kategori tertinggi Grammy – ‘Empat Anugerah Paling Utama’ (General Field Big Four) dan Anugerah Utama dikalahkan nama-nama besar Hollywood termasuk Billie Eilish, Bad Bunny, kolaborasi Kendrick Lamar dan Sza, serta duo lagu runut bunyi filem Wicked, Ariana Grande dan Cynthia Erivo yang berkolaborasi untuk lagu Defiying Gravity.
Walaupun begitu, Golden yang mencipta sejarah sebagai lagu K-pop pertama meraih juara No. 1 carta lagu popular Amerika Syarikat, Billboard Top 100 dan global (juara 18 minggu di Billboard Global 200), berjaya memenangi satu anugerah Grammy menerusi kategori Anugerah Sampingan – Lagu Terbaik yang Ditulis untuk Media Visual (Best Song Written for Visual Media) yang diumumkan pada pra-majlis Grammy; sekali gus mencatat sejarah kemenangan Grammy pertama untuk artis K-pop.

Menerusi kategori tersebut, Golden yang menampilkan vokal trio Ejae, Audrey Nuna dan Rei Ami yang menyumbang suara untuk kumpulan Huntr/x, watak utama filem animasi popular Netflix KPop Demon Hunters mengalahkan empat calon lain, terdiri daripada Nine Inch Nails – As Alive as You Need Me to Be (Daripada filem Tron: Ares); Miles Caton – I Lied to You (Filem Sinners); Elton John dan Brandi Carlile – Never Too Late (Filem Elton John: Never Too Late); Jayme Lawson –Pale, Pale Moon (Filem Sinners); dan Rod Wave – Sinners (Filem Sinners).
Golden yang meraih lima pencalonan Grammy 2026, termasuk untuk satu kategori General Field Big Four, iaitu Lagu Terbaik Tahun Ini (Song of the Year) yang menyaksikannya kalah kepada Billie Eilish (menerusi laguWildflower); juga dikalahkan oleh kolaborasi Cynthia Erivo dan Ariana Grande menerusi lagu Defying Gravity bagi satu Anugerah Utama – Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik (Best Pop Duo/Group Performance).

Sementara Rose (atau nama sebenarnya, Park Chae-young), 29, yang muncul sebagai penyanyi solo, selain ahli kumpulan popular K-pop Korea Selatan, Blackpink muncul sebagai wakil K-pop paling menonjol pada Grammy kali ini apabila menjadi bintang K-pop solo pertama meraih pencalonan terbanyak dengan melalui tiga kategori; termasuk bagi dua daripada empat kategori General Field Big Four, iaitu Rakaman Terbaik Tahun Ini (Record of the Year) dan Song of the Year menerusi lagu kolaborasinya bersama Bruno Mars, APT.
Namun, kesemua pencalonan tersebut tidak membawa kemenangan kerana selain Anugerah Song of the Year yang dimenangi oleh Billie Eilish menerusi lagu Wildflower, dan Record of the Year menjadi milik kolaborasi Kendrick Lamar dan SZA melalui lagu Luther, Rose juga menerima nasib yang sama sepertimana Huntri/x, – kalah kepada kepada lagu kolaborasi Ariana Grande dan Cynthia Erivo, untuk kategori Best Pop Duo/Group Performance.

Tak hadir Grammy 2026: Ariana Grande dan Cynthia Erivo sangka tak menang?
Selepas muncul baru-baru ini pada Critic’s Choice Award dan Golden Globes, Ariana Grande yang kalah dalam pencalonan kedua-dua majlis anugerah filem bagi kategori Pelakon Wanita Pembantu Terbaik (menerusi filem Wicked For Good), menghabiskan malam ketika berlangsungnya majlis Anugerah Grammy 2026 di luar tumpuan media.
Kelibat kedua-dua Ariana dan Cynthia Erivo tidak berada di lokasi Grammy 2026 menimbulkan spekulasi adakah mereka menyangka gagal menang kategori Best Pop Duo/Group Perfomance terutama memandangkan saingan daripada dua calon ‘favourite’ yang disangka akan menang – Huntr/x dan Rose yang turut tercalon dalam kategori Anugerah Utama itu.
Walau bagaimanapun selepas diumumkan menang ketika majlis pra-Grammy 2026, Ariana telah menyiarkan kenyataan di Instagram Storynya untuk meraikan kemenangannya bersama Cynthia.
“Ini (kemenangan di Grammy 2026) sangat istimewa! :’)@recordingacademy terima kasih banyak-banyak!” tulis Grande di Instagram, sambil menambah, “Tahniah kepada @cynthiaerivo yang luar biasa. Saya sayang awak dan sangat berterima kasih untuk berkongsi ini.”

Persembahan bersejarah Rose di pentas pembukaan Grammy 2026
Walaupun tewas dalam persaingan anugerah, Rose tetap mencuri tumpuan dunia apabila menjadi artis K-pop pertama yang membuat persembahan pembukaan di pentas Grammy.
Persembahan bertenaga lagu APT. bersama Bruno Mars, yang bermain gitar secara langsung, menerima sambutan luar biasa hadirin, dengan beberapa selebriti ternama termasuk Billie Eilish, turut dilihat menyanyi bersama mereka dari tempat duduk penonton.
Ini juga menandakan kali pertama artis wanita K-pop membuat persembahan di majlis Anugerah Grammy, satu lagi pencapaian penting dalam sejarah industri K-pop.
Sebelum ini, kumpulan popular K-Pop Korea Selatan BTS mencatat sejarah sebagai artis K-pop pertama yang membuat persembahan di Grammy pada 2020 dan sekali lagi muncul dalam persembahan penutup acara tersebut pada 2022.

Dominasi pencalonan, bukan tiket kemenangan: Sabrina Carpenter dan Tyler, the Creator
Selain Rose dan Huntr/x, kumpulan kolaboratif K-pop baharu, Katseye yang meraih pencalonan pertama pada Grammy kali ini menerusi dua kategori, termasuk untuk satu Anugerah Utama, General Field Big Four, iaitu Artis Baharu Terbaik (Best New Artist); dan satu Anugerah Utama, Best Pop Duo/Group Performance, namun gagal membawa pulang sebarang anugerah.
Dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance, ia jelas menyaksikan tiga calon terkuat K-pop – Katseye, Rose dan Huntr/x dikalahkan kolaborasi Cynthia Erivo dan Ariana Grande; mengingatkan kembali kepada BTS yang sebelum ini pernah dicalonkan untuk anugerah Grammy berulang kali dalam kategori sama dari 2021 hingga 2023 tanpa meraih sebarang kemenangan.
Sementara itu, muzikal asal Korea Selatan, Maybe Happy Ending turut dicalonkan dalam satu kategori Anugerah Sampingan, iaitu Album Broadway Terbaik pada Grammy kali ini, juga gagal meraih kemenangan.

Selepas sejarah laluan masuk ke Grammy yang dilakar BTS sebelum ini, Grammy 2026 sekali lagi membuktikan bahawa muzik K-pop semakin diiktiraf di peringkat global, namun penguasaan sepenuhnya masih belum tercapai.
Walaupun tanpa kemenangan besar khususnya hanya satu Anugerah Sampingan yang dimenangi Huntr/x, serta pencalonan berprofil tinggi dan persembahan bersejarah Rose menandakan bahawa pintu Grammy semakin terbuka luas untuk artis Korea Selatan pada masa hadapan.
Sementara itu, jika Rose gagal menang dalam kesemua tiga pencalonan, Sabrina Carpenter dan Tyler, the Creator – kedua-duanya memberikan persembahan yang tidak dapat dilupakan di Grammy 2026, dan antara calon yang paling banyak meraih pencalonan – mencecah enam kategori termasuk untuk satu Anugerah paling Utama – Album Terbaik Tahun Ini; tetapi kedua-duanya kurang prestasi dalam meraih kemenangan pada Grammy kali ini.
Sabrina gagal menang dalam kesemua enam pencalonan, namun Tyler, the Creator bernasib baik sedikit, memenangi satu kategori Anugerah Sampingan – Kulit Album Terbaik untuk Chromakopia, yang disampaikan dalam majlis tayangan perdana Grammy tetapi tidak disiarkan secara langsung di televisyen.

Bad Bunny lakar sejarah, Kendrik Lamar pecah rekod!
Dua bintang utama Grammy 2026 dari segi kemenangan ialah rapper, Kendrick Lamar dan penyanyi asal Sepanyol, Bad Buddy menang besar pada majlis nugerah Grammy kali ini.
Lamar membawa pulang lima trofi termasuk bagi satu kategori General Field Big Four, iaitu Rekod Terbaik Tahun Ini bagi albun Luther, manakala Bad Bunny mencipta sejarah dengan Debi Tirar as Fotos, album bahasa Sepanyol pertama yang memenangi Grammy Album Terbaik – satu lagi kategori General Field Big Four Album Terbaik yang merupakan anugerah tertinggi Grammy.
Lamar yang meraih sebanyak sembilan pada Grammy kali ini turut memenangi empat trofi awal – dua Anugerah Utama untuk kategori Album Rap Terbaik (GNX), dan Lagu Rap Terbaik (TV Off), serta dua Anugerah Sampingan, iaitu Persembahan Melodi Rap Terbaik (Luther) dan Persembahan Rap Terbaik (Chains And Whips).

Ini menjadikan beliau secara keseluruhan telah menang 27 Grammy sepanjang karier muziknya, mengatasi Jay-Z (25) untuk jumlah terbanyak berbanding mana-mana penyanyi rap, dan menjadikannya tahun kedua berturut-turut beliau membawa pulang sekurang-kurangnya lima gramofon emas (trofi Grammy).
Sementara itu Bad Bunny pula, selain merangkul anugerah Album Terbaik Tahun ini, juga memenangi dua kategori Anugerah Sampingan, iaitu Album Muzik ‘Urban’ Terbaik dan Persembahan Muzik Global Terbaik untuk lagu EoO.
“Terima kasih kepada semua orang yang mempercayai saya sepanjang kerjaya saya, kepada semua orang yang telah berusaha untuk album ini,” katanya dalam bahasa Sepanyol semasa menerima Album Terbaik Tahun Ini.
“Saya ingin mendedikasikan anugerah ini kepada semua orang yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka, negara mereka, untuk mengejar impian mereka,” ucapnya penuh emosi.

GRAMMY 2026 KABURKAN GARIS PEMISAH GENRE MUZIK
BERLANGSUNG di Crypto.com Arena di Los Angeles, Grammy 2026 mengimbangi kemenangan anugerah paling berprestij muzik global ini dengan kemenangan besar dalam genre rap, alternatif dan muzik global, mencerminkan tahun di mana garis pemisah genre lagu terus kabur.
Salah satu hasil yang paling diperkatakan pada malam itu ialah dominasi berterusan Kendrick Lamar dalam rap, apabila GNX memperoleh Grammy bagi satu Anugerah Utama – Album Rap Terbaik, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu suara yang menentukan era semasa.
Dalam genre pop, Lady Gaga muncul sebagai tokoh utama, memenangi Rakaman Pop Tarian Terbaik untuk lagu Abracadabra; manakala remix lagu itu pula merangkul Anugerah Sampingan menerusi kategori Rakaman Remix Terbaik, menggariskan pengaruhnya yang berterusan merentasi ruang muzik arus perdana dan kelab.

Jangkauan global anugerah ini juga jelas, dengan Tyla memenangi Persembahan Muzik Afrika Terbaik untuk lagu Push 2 Start, menandakan satu lagi detik penting untuk muzik pop Afrika di pentas Grammy.
Muzik alternatif pula menyaksikan The Cure memenangi Album Muzik Alternatif Terbaik untuk Songs of a Lost World, manakala kategori rock mengiktiraf suara legasi dan baharu, termasuk kemenangan Album Rock Terbaik Turnstile menerusi naskhah, Never Enough.
Dan sudah tentu Grammy kali ini menyaksikan genre baharu yang pertama kali meraih Anugerah Grammy – Golden (Huntr/x) bagi kategori Best Song Written for Visual Media.
Grammy 2026 berlangsung meriah di bawah kendalian hos, Trevor Noah yang turut menyelitkan jenaka sindiran ‘pedas’ dan ‘laser’ terhadap Presiden Donald Trump berkait isu Greenland, dan penyanyi Nicki Minaj yang merupakan penyokong tegar Trump.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Grammy 2026:-
KATEGORI ‘GENERAL FIELD BIG FOUR‘
*Album Terbaik Tahun Ini
Bad Bunny – Debí Tirar as Fotos – PEMENANG
Justin Bieber – Swag
Sabrina Carpenter – Man’s Best Friend
Clipse – Let Got Sort Em Out
Lady Gaga – Mayhem
Kendrick Lamar – GNX
Leon Thomas – Mutt
Tyler, the Creator – Chromakopia
*Rekod Terbaik Tahun Ini
Bad Bunny – DtMF
Sabrina Carpenter – Manchild
Doechii – Anxiety
Billie Eilish – Wildflower
Lady Gaga – Abracadabra
Kendrick Lamar dan SZA – Luther – PEMENANG
Chappell Roan – The Subway
Rosé & Bruno Mars – APT.
*Lagu Terbaik Tahun Ini
Lady Gaga – Abracadabra
Doechii – Anxiety
Rosé & Bruno Mars – APT.
Bad Bunny – DtMF
Huntr/x – Golden
Kendrick Lamar bersama SZA – Luther
Sabrina Carpenter – Manchild
Billie Eilish – Wildflower – PEMENANG
*Artis Baharu Terbaik
Olivia Dean – PEMENANG
Katseye
The Marias
Addison Rae
Sombr
Leon Thomas
Alex Warren
Lola Young
KATEGORI UTAMA
*Persembahan solo pop terbaik
Justin Bieber – Daisies
Sabrina Carpenter – Manchild
Lady Gaga – Disease
Chappell Roan – The Subway
Lola Young – Messy – PEMENANG
*Vokal Album Pop Terbaik
Justin Bieber – Swag
Sabrina Carpenter – Man’s Best Friend
Miley Cyrus – Something Beautiful
Lady Gaga – Mayhem – PEMENANG
Teddy Swims – I’ve Tried Everything But Therapy (Chapter 2)
*Album Country Kontemporari Terbaik
Kelsea Ballerini – Patterns
Tyler Childers – Snipe Hunter
Eric Church – Evangeline v the Machine
Jelly Roll – Beautifully Broken – PEMENANG
Miranda Lambert – Postcards from Texas
*Album Muzik ‘Urban’ Terbaik
Bad Bunny – Debí Tirar Más Fotos – PEMENANG
Feid – Ferxxo Vol X: Sagrado
J Balvin – Mixteip
Nicki Nicole – Naiki
Trueno – EUB Deluxe
Yandel – Sinfónico (En Vivo)
*Album Rap Terbaik
Clipse – Let God Sort Em Out
Glorilla – Glorious
JID – God Does Like Ugly
Kendrick Lamar – GNX – PEMENANG
Tyler, the Creator – Chromakopia
*Rakaman ‘Dance-Pop’ Terbaik
Selena Gomez & Benny Blanco – Bluest Flame
Lady Gaga – Abracadabra – PEMENANG
Zara Larsson – Midnight Sun
Tate McRae – Just Keep Watching
PinkPantheress – Illegal
*Persembahan Rap Terbaik
Cardi B – Outside
Clipse – Chains & Whips (ft Kendrick Lamar & Pharrell Williams) – PEMENANG
Doechii – Anxiety
Kendrick Lamar – TV Off (ft Lefty Gunplay)
Tyler, the Creator – Darling, I (ft Teezo Touchdown)
*Persembahan Solo ‘Country’ Terbaik
Tyler Childers – Nose on the Grindstone
Shaboozey – Good News
Chris Stapleton – Bad As I Used to Be – PEMENANG
Zach Top – I Never Lie
Lainey Wilson – Somewhere Over Laredo
*Lagu Rap Terbaik
Doechii – Anxiety
Clipse, Pusha T & Malice ft John Legend & Voices of Fire – The Birds Don’t Sing
Tyler, the Creator ft GloRilla, Sexyy Red & Lil Wayne – Sticky
GloRilla – TGIF
Kendrick Lamar ft Lefty Gunplay – TV Off – PEMENANG
*Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik
Cynthia Erivo & Ariana Grande – Defying Gravity – PEMENANG
Huntr/x – Golden
Katseye – Gabriela
Rosé & Bruno Mars – APT.
SZA dan Kendrick Lamar – 30 For 30
*Album R&B Terbaik
Givēon – Beloved
Coco Jones – Why Not More?
Ledisi – The Crown
Teyana Taylor – Escape Room
Leon Thomas – Mutt – PEMENANG
*Album Rock Terbaik
Deftones – Private Music
Haim – I Quit
Linkin Park – From Zero
Turnstile – Never Enough – PEMENANG
Yungblud – Idols
*Album ‘Dance’/Elektronik Terbaik
FKA twigs – Eusexua – PEMENANG
Fred Again – Ten Days
PinkPantheress – Fancy That
Rüfüs Du Sol – Inhale/Exhale
Skrillex – F U Skrillex You Think Ur Andy Warhol But Ur Not!! <3
*Persembahan Rock Terbaik
Amyl and the Sniffers – U Should Not Be Doing That
Linkin Park – The Emptiness Machine
Turnstile – Never Enough
Hayley Williams – Mirtazapine
Yungblud – Changes (Langsung dari Villa Park, Back to the Beginning) – PEMENANG
*Persembahan Muzik ‘Metal’ Terbaik
Dream Theater – Night Terror
Ghost – Lachryma
Sleep Token – Emergence
Spiritbox – Soft Spine
Turnstile – Birds – PEMENANG
*Persembahan R&B Terbaik
Justin Bieber – Yukon
Chris Brown – It Depends (ft Bryson Tiller)
Kehlani – Folded – PEMENANG
Leon Thomas – Mutt
Summer Walker – Heart of a Woman
*Persembahan R&B Tradisional Terbaik
Durand Bernarr – Here We Are
Lalah Hathaway – Uptown
Ledisi – Love You Too
SZA – Crybaby
Leon Thomas – Vibes Don’t Lie – PEMENANG
*Lagu R&B Terbaik
Kehlani – Folded – PEMENANG
Summer Walker – Heart of a Woman
Chris Brown ft Bryson Tiller – It Depends
Durand Bernarr – Overqualified
Leon Thomas – Yes It Is
*Album Muzik Alternatif Terbaik
Bon Iver – Sable, Fable
The Cure – Songs of a Lost World – PEMENANG
Tyler, the Creator – Don’t Tap the Glass
Wet Leg – Pelembap
Hayley Williams – Ego Death at a Bachelorette Party
*Album ‘Country’ Tradisional Terbaik
Charley Crockett – Dollar a Day
Lukas Nelson – American Romance
Willie Nelson – Oh What a Beautiful World
Margo Price – Hard Headed Woman
Zach Top – Ain’t In It for My Health – PEMENANG
*Persembahan Muzik Global Terbaik
Bad Bunny – EoO – PEMENANG
Ciro Hurtado – Cantando en el Camino
Angélique Kidjo – Jerusalema
Yeisy Rojas – Inmigrante Y Que?
Shakti – Shrini’s Dream (Live)
Anoushka Shankar – Daybreak (ft Alam Khan & Sarathy Korwar)
*Lagu Rock Terbaik
Nine Inch Nails – As Alive as You Need Me to Be – PEMENANG
Sleep Token – Caramel
Hayley Williams – Glu
Turnstile – Never Enough
Yungblud – Zombie
*Lagu ‘Country’ Terbaik
Tyler Childers – Bitin’ List – PEMENANG
Shaboozey – Good News
Zach Top – I Never Lie
Lainey Wilson – Somewhere Over Laredo
Miranda Lambert dan Chris Stapleton – A Song to Sing
*Persembahan Muzik Alternatif Terbaik
Bon Iver – Everything is Peaceful Love
The Cure – Alone – PEMENANG
Turnstile – Seein’ Stars
Wet Leg – Mangetout
Hayley Williams – Parachute
ANUGERAH SAMPINGAN
*Runut Bunyi Kompilasi terbaik untuk media visual
A Complete Unknown
F1 The Album
Kpop Demon Hunters
Sinners – PEMENANG
Wicked
*Video Muzik Terbaik
Sabrina Carpenter – Manchild
Clipse – So Be It
Doechii – Anxiety – PEMENANG
OK Go – Love
Sade – Young Lion
*Lagu Terbaik yang Ditulis untuk Media Visual
Nine Inch Nails – As Alive as You Need Me to Be (Daripada Tron: Ares)
Huntr/x – Golden (daripada KPop: Demon Hunters) – PEMENANG
Miles Caton – I Lied to You (Daripada Sinners)
Elton John dan Brandi Carlile – Never Too Late (Daripada Elton John: Never Too Late)
Jayme Lawson – Pale, Pale Moon (Daripada Sinners)
Rod Wave – Sinners (Daripada Sinners)
*Album Pop Latin Terbaik
Rauw Alejandro – Cosa Nuestra
Andrés Cepeda – Bogotá (Deluxe)
Karol G – Tropicoqueta – PEMENANG
Natalia Lafourcade – Cancionera
Alejandro Sanz – Where Are You?
*Album Muzik ‘Folk’ Terbaik
Rhiannon Giddens & Justin Robinson – What Did the Blackbird Say to the Crow
Patty Griffin – Crown of Roses
I’m With Her – Wild and Clear and Blue – PEMENANG
Jason Isbell – Foxes in the Snow
Jesse Welles – Under the Powerlines (24 April – 24 September)
*Rakaman ‘Dance’/Elektronik Terbaik
Disclosure & Anderson Paak – No Cap
Fred again, Skepta & PlaqueBoyMax – Victory Lap
Kaytranada – Space Invader
Skrillex – Voltage
Tame Impala – End of Summer – PEMENANG
*Persembahan Muzik Afrika Terbaik
Burna Boy – Love
Davido ft Omah Lay – With You
Eddy Kenzo & Mehran Matin – Hope & Love
Ayra Starr feat. Wizkid – Gimme Dat
Tyla – PUSH 2 START – PEMENANG
*Persembahan Muzik Jazz Terbaik
Lakecia Benjamin – Noble Rise (ft Immanuel Wilkins & Mark Whitfield)
Chick Corea, Christian McBride & Brian Blade – Windows (langsung) – PEMENANG
Samara Joy – Peace Of Mind / Dreams Come True
Michael Mayo – Four
Nicole Zuraitis, Dan Pugach, Tom Scott, Idan Morim, Keyon Harrold & Rachel Eckroth – All Stars Lead to You (Live)
*Persembahan Orkestra Terbaik
Michael Repper, konduktor (Filharmonik Kebangsaan) – Coleridge-Taylor: Toussaint L’Ouverture; Balada Op 4; Suites From 24 Negro Melodies
Andris Nelsons, konduktor (Orkestra Simfoni Boston) – Messiaen: Turangalîla-Symphonie – PEMENANG
Gustavo Dudamel, konduktor (Orkestra Simfoni Simón Bolívar Venezuela) – Ravel: Boléro, M 81
Yannick Nézet-Séguin, konduktor (Orkestra Philadelphia) – Still & Bonds
Esa-Pekka Salonen, konduktor (Simfoni San Francisco) – Stravinsky: Simfoni in Three Step
*Persembahan Muzik Jazz Terbaik
Lakecia Benjamin – Noble Rise (ft Immanuel Wilkins & Mark Whitfield)
Chick Corea, Christian McBride & Brian Blade – Windows (langsung) – PEMENANG
Samara Joy – Peace Of Mind / Dreams Come True
Michael Mayo – Four
Nicole Zuraitis, Dan Pugach, Tom Scott, Idan Morim, Keyon Harrold & Rachel Eckroth – All Stars Lead to You (langsung)
*Album Komedi Terbaik
Bill Burr – Drop Dead Years oleh Bill Burr
Sarah Silverman – PostMortem oleh Sarah Silverman
Ali Wong – Single Lady oleh Ali Wong
Jamie Foxx – What Had Happened Was … oleh Jamie Foxx
Nate Bargatze – Your Friend, Nate Bargatze – PEMENANG
*Persembahan Melodi Rap Terbaik
Friday ft Meek Mill – Proud Of Me
JID ft Ty Dolla $ign & 6Lack – Wholeheartedly
Kendrick Lamar bersama SZA – luther – PEMENANG
Terrace Martin & Kenyon Dixon Menampilkan Rapsody – WeMaj
PARTYNEXTDOOR & Drake – SOMEBODY LOVES ME
*Penerbit Tahun Ini
Dan Auerbach
Cirkut – PEMENANG
Dijon
Blake Mills
Sounwave
*Penulis Lagu Tahun Ini
Amy Allen – PEMENANG
Edgar Barrera
Jessie Jo Dillon
Tobias Jesso Jr
Laura Veltz
