Thursday, April 2

Golden, lagu K-Pop pertama menang Oscar 

Oleh BIANCA HILMAN

SEKADAR menang anugerah sampingan Grammy 2026 – Lagu Terbaik yang Ditulis untuk Media Visual (Best Song Written for Visual Media) pada 1 Februari lepas, filem animasi yang meraih populariti mega di seluruh dunia, KPop Demon Hunters sebaliknya merangkul  antara dua anugerah utama Oscar 2026 pada majlis Anugerah Academy yang berlangsung pada Ahad di  Dolby Theatre, Ovation Hollywood,  Los Angeles, California. 

Meraih lima anugerah pencalonan Grammy 2026, Golden – lagu hit KPop Demon Hunters yang dikalahkan Billie Eilish menerusi Windflower dalam kategori Lagu Terbaik Tahun Ini (Song of the Year), sebaliknya diumumkan sebagai pemenang Oscar kategori Lagu Asal Terbaik, sementara KPop Demon Hunters dinobatkan Filem Animasi Terbaik.

Michal B Jordan teruja merangkul trofi Oscar Pelakon Lelaki Terbaik.

Dengan kemenangan itu juga, Golden yang dipopularkan oleh trio EJAE, Audrey Nuna dan Rei Ami vokal nyanyian kumpulan K-pop fiksyen Huntr/x yang diketengahkan sebagai watak utama dalam  KPop Demon Hunters, mencipta sejarah sebagai lagu K-Pop pertama meraih Oscar, malah mereka juga telah naik ke pentas Oscar 2026 untuk mempersembahkan lagu hit tersebut

Sementara tiada kejutan dalam kategori paling utama, Filem Terbaik yang dimenangi One Battle After Another yang sebelum dinobatkan menang anugerah yang sama dalam banyak majlis anugerah filem sebelum ini.

Karyawan produksi filem One Battle After Another naik ke pentas untuk Anugerah Filem Terbaik.

Namun, kategori Pelakon Lelaki Terbaik agak mengejutkan apabila dimenangi aktor Michael B. Jordan menerusi filem Sinners mengalahkan antaranya pelakon utama Marty Supreme, Timothée Chalamet yang sebelum ini menang anugerah sama dalam pelbagai majlis anugerah lakonan lain yang diadakan pada tahun ini.

Jordan sebaliknya tidak pernah sekalipun menang trofi Pelakon Lelaki Terbaik dalam majlis anugerah filem lain sepanjang 2026, kini menjadi aktor kulit hitam keenam merangkul anugerah ini selepas Sidney Poitier, Denzel Washington, Jamie Foxx, Forest Whitaker, dan Will Smith.

Pelakon filem One Battle After Another, Teyana Taylor (dua dari kiri) bersama trio Huntr/x (dari kiri) Rei Ami, EJAE, dan Audrey Nuna pada acara karpet merah Oscar 2026.

SENARAI PENUH PEMENANG OSCAR 2026

Filem Terbaik

One Battle After Another

Pelakon Lelaki Terbaik

Michael B. Jordan, Sinners

Pelakon Wanita Terbaik

Jessie Buckley, Hamnet

Pelakon Wanita Pembantu Terbaik

Amy Madigan, Weapons

Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik

Sean Penn, One Battle After Another

Pengarah Terbaik

Paul Thomas Anderson, One Battle After Another

Lagu Asal Terbaik

Golden daripada filem aniamsi Netflix, KPop Demon Hunters, EJAE, Mark Sonnenblick, Joong Gyu Kwak, Yu Han Lee, Hee Dong Nam, Jeong Hoon Seon dan Teddy Park

Skor Asal Terbaik

Sinners, Ludwig Göransson

Filem Animasi Terbaik

KPop Demon Hunters

Filem Antarabangsa Terbaik

Sentimental Value, Norway

Filem Dokumentari Terbaik

Mr. Nobody Against Putin

Pemilihan Barisan Pelakon Terbaik

Cassandra Kulukundis, One Battle After Another

Penataan Bunyi Terbaik

Gareth John, Al Nelson, Gwendolyn Yates Whittle, Gary A. Rizzo dan Juan Peralta, F1

Sinematografi Terbaik

Autumn Durald Arkapaw, Sinners

Lakon Layar Asal Terbaik

Sinners, Ryan Coogler

Lakon Layar Adaptasi Terbaik

One Battle After Another,Paul Thomas Anderson

Filem Pendek Aksi Langsung Terbaik

(seri) The Singers dan Two People Exchanging Saliva

Filem Animasi Pendek Terbaik

The Girl Who Cried Pearls

Filem Dokumentari Pendek Terbaik

All the Empty Rooms

Kesan Visual Terbaik

Joe Letteri, Richard Baneham, Eric Saindon dan Daniel Barrett, Avatar: Fire and Ash

Reka Bentuk Produksi Terbaik

Tamara Deverell dan Shane Vieau, Frankenstein

Suntingan Filem Terbaik

Andy Jurgensen, One Battle After Another

Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik

Mike Hill, Jordan Samuel, Cliona Furey, Frankenstein

Reka Bentuk Kostum Terbaik

Kate Hawley, Frankenstein