
Oleh BIANCA HILMAN
TAHUN lalu, kemenangan besar aktres Zoe Saldaña untuk Emilia Pérez menutup peluang untuk mana-mana pelakon lain menyerlah dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik — termasuk Ariana Grande yang sempat mencuri perhatian dengan lakonannya yang memukau menerusi filem muzikal blockbuster, Wicked.
Namun, tahun ini, angin sudah berubah.
Puteri pop yang kini bergelar pelakon hebat itu melonjak ke tempat pertama dalam ramalan pencalonan Oscar Gold Derby, berkat persembahan magisnya – sekali lagi sebagai Glinda the Good Witch dalam sekuel Wicked yang sangat dinanti-nantikan, Wicked: For Good.

💫 Dari pentas muzikal ke layar emas
Kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik musim ini cukup sengit.
Antara nama-nama besar yang bersaing termasuk Teyana Taylor (filem One Battle After Another), Elle Fanning (Sentimental Value), Inga Ibsdotter Lilleaas (Sentimental Value), dan Amy Madigan (Weapons).

Namun kini, semua mata tertumpu pada Grande yang telah menguasai No. 1 dalam senarai ramalan dengan 89% kemungkinan pencalonan, meningkat 3% daripada minggu lalu.
Sementara itu, Taylor berada di 88%, Fanning di 81%, Lilleaas di 66%, dan Madigan di 57%. Tiga lagi pesaing lain — Gwyneth Paltrow (Marty Supreme), Regina Hall (One Battle After Another), dan Wunmi Mosaku (Sinners), masih dalam perlumbaan.

✨Reaksi awal ‘sangat ajaib’
Pertambahan peratus terhadap Grande berlaku selepas tayangan awal yang mendapat pujian melangit untuk Wicked: For Good.
Walaupun ulasan rasmi hanya akan dikeluarkan menjelang 18 November 2025 – sejurus filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia menjelang 21 November (di Malaysia tayangan perdana pada malam 19 November, manakala tayangan harian bermula 20 November), reaksi awal penonton menggambarkan filem ini sebagai ‘sangat ajaib’ dan ‘memiliki kecemerlangan yang menghantui’.
Dan bukan hanya Grande yang bersinar – keseluruhan produksi Wicked: For Good kini sedang mendaki carta ramalan Oscar dalam pelbagai kategori utama.

🏆Keajaiban Wicked di musim anugerah
Selain Grande, Wicked: For Good turut menguatkan kedudukan dalam beberapa kategori Oscar lain:
- Filem Terbaik (naik 1%)
- Pelakon Wanita Terbaik – Cynthia Erivo (naik 3%)
- Pemilihan Pelakon Terbaik (naik 4%)
- Rekaan Kostum Terbaik (naik 1%)
- Solekan & Dandanan Rambut Terbaik (naik 1%)
- Rekaan Produksi Terbaik (naik 1%)
- Efek Bunyi Terbaik (naik 1%)
- Efek Visual Terbaik (naik 1%)
Menariknya, Wicked: For Good secara rasmi bersaing dalam 16 kategori Oscar, termasuk Lagu Asal Terbaik. Komposer legenda Stephen Schwartz menyumbang dua lagu baharu:
🎵 No Place Like Home (dinyanyikan oleh Cynthia Erivo) dan
🎵 The Girl in the Bubble (alunan Ariana Grande).

🧙♀️Sejarah mungkin berulang
Jika Grande dan Erivo menerima pencalonan Oscar berulang untuk watak Glinda dan Elphaba, mereka bakal menjadi pelakon ketujuh dan kelapan dalam sejarah Anugerah Academy yang pernah dicalonkan dua kali untuk watak sama.
Antara nama legenda yang telah melakar sejarah itu termasuk:
- Bing Crosby (filem Going My Way dan The Bells of St. Mary’s)
- Peter O’Toole (Becket dan The Lion in Winter)
- Al Pacino (The Godfather dan The Godfather Part II)
- Paul Newman (The Hustler dan The Color of Money)
- Cate Blanchett (Elizabeth dan Elizabeth: The Golden Age)
- Sylvester Stallone (Rocky dab Creed)

🎬Kejayaan mega filem Wicked
Filem Wicked mencipta sejarah box office dengan kutipan tiket hasil tayangan di seluruh dunia mencecah AS$756 juta global.
Ia turut memenangi dua Oscar — Rekaan Kostum Terbaik dan Rekaan Produksi Terbaik, selain menerima lapan pencalonan tambahan termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.
Kini, sekuelnya bersedia mengulangi keajaiban itu — mungkin dengan Ariana Grande sebagai wajah kemenangan besar seterusnya.

🎤 Selepas Grammy, julang Oscar pula
Ariana Grande pernah mendapat perhatian dalam musim anugerah sebelumnya, termasuk di Golden Globes, Screen Actors Guild, dan Critics Choice Awards, walaupun tewas setiap kali kepada Zoe Saldaña.
Namun kali ini, semua tanda menunjukkan arah yang berbeza.

Boleh jadi, dari gelembung merah jambu Glinda ke pentas emas Oscar, pemenang dua anugerah Grammy ini akhirnya menemui detik kemenangan besarnya meraihkemenangan dalam majlis anugerah Academy.
Pencalonan Oscar 2025 akan diumumkan pada 22 Januari 2026; dan jika ramalan ini tepat, dunia bakal menyaksikan Ariana Grande menukar mikrofon (dan Grammy yang dimenanginya) kepada patung (trofi) Oscar.
