
Oleh ZARA JANE
DALAM kehidupan rumah tangga, ado kalonyo timbul persoalan kenapo golongan wanita ni mudah sangat maroh tok laki.
Buke semuo maroh tu tandonyo benci, tapi kebanyakannyo datang daripado perasaan penat, kecewo dan mahu difahami.
Wanita biasonyo memikul banyak tanggungjawab dalam satu maso. Urus rumah, anak-anak, kerja dan kadang-kadang masalah kewangan.
Bila penat bertimbun tapi kurang perhatian atau bantuan, emosi mudah jadi sensitif. Tok laki pulok ado yang jenis diam dan kurang meluah perasaan, menyebabkan wanita raso dio tidak dipedulikan.
Selain tu, komunikasi jugok jadi faktor utama. Lelaki dan wanita caro fikir lain-lain. Wanita biaso mahu didengari dan diberi respon, manakalo lelaki kadang-kadang anggap diam itu jalan paling selamat.

Dari situ, salah faham mudah berlaku.
Media sosial pun ado pengaruh besor dalam hubungan hari ni. Bila tengok kehidupan orang lain nampak sempurno, mulolah timbul perbandingan.
“Kenapo suami orang boleh romantik, rajin bantu isteri?” Sedangkan setiap rumah tangga ado ujian masing-masing yang orang luar tak nampok.
Walaupun begitu, maroh dalam hubungan bukan bermakno hubungan tu gagal. Kadang-kadang maroh tu datang sebab masih sayang dan mahu pasangan berubah jadi lebih baik.
Yang penting, kedua-duo pihak kena belajar memahami dan menghargai antara satu samo lain.
Akhir sekali, rumah tangga bukan tempat cari siapa paling betul, tapi tempat belajar sabar, hormat dan bertolak ansur.
Kalau suami isteri saling memahami, insya-Allah kuranglah episod ‘maroh tok laki’ dalam rumah tangga. – VOOLORA 20/5/2026
