Wanita moden: Lebih daripada sekadar ‘girlboss’, ‘modesty squad’
Oleh VIARA PRESCOTT
DALAM dunia yang serba pantas dan kompleks hari ini, wanita moden tidak lagi dapat dikotakkan dalam label sempit seperti ‘girlboss’ yang dikaitkan dengan kejayaan kerjaya, atau ‘modesty squad’ yang merujuk kepada wanita berpenampilan sederhana dan berpegang pada nilai konservatif.Realitinya, wanita hari ini hadir dalam pelbagai bentuk, peranan dan suara - melampaui stereotaip yang biasa dikaitkan dengan mereka.
Wanita muda atau berusia baik penganut Muslim, Kristian, Hindu, atau Buddha dan sebagainya masing-masing membawa naratif unik tentang kekuatan, pilihan, dan perjuangan.
Pemecah dominasi lelaki
Ada yang memilih menjadi pemimpin syarikat, memecah dominasi lelaki dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.Ada pula yang memilih untuk menjadi suri rumah ...




