Sunday, April 19

Blog

Dompet ‘menangis’, hati bahagia: Diari seorang ‘shopper’
Shopping

Dompet ‘menangis’, hati bahagia: Diari seorang ‘shopper’

Oleh BIANCA HILMAN 1. Prolog: Bila troli jadi teman emosi Setiap kali membuka aplikasi e‑commerce atau memasuki mall, ada getaran halus di hati kita: “Eh, ada benda comel tu…”Mungkin hanya masuk troli dulu, tapi hati dah rasa lega. Itu satu situasi yang pelik - troli kosong pun boleh jadi terapi. Tapi percayalah, kamu tak keseorangan. 2. Shopping = Self‑love (Tapi bukan boros) Kenapa kita rasa ‘guilty’ sesekali kalau beli barang bukan keperluan? Padahal: Kita pun bekerja keras. Kita pun stres, lelah, jemu. Hadiah kecil untuk diri sendiri tak salah. Cuma pastikan: Tidak over limit bajet. Tidak guna hutang semata-mata untuk ‘puas hati sekejap’. Masih ada simpanan selepas belanja. Bila semua itu dijaga, shopping jadi satu cara kita sayang diri sendiri -...
Huntrix lakukan ‘serangan balas’ terhadap Taylor Swift di Spotify
Berita, Hiburan

Huntrix lakukan ‘serangan balas’ terhadap Taylor Swift di Spotify

Oleh BIANCA HILMAN SELEPAS diserbu, diserang dan dirampas oleh kemunculan 12 lagu baharu Taylor Swift dari album terbaharunya, The Life of a Showgirl yang menguasai kesemua carta popular termasuk Billboard Hot 100 (untuk lagu terlaris di pasaran) dan Billboard Hot 200 (senarai album terlaris); lagu popular Huntrix, Golden sukses memecah monopoli Swift dengan memasuki semula carta Spotify Global - merampas di kedudukan No. 3 dengan 8 juta penstriman. FOTO: Spotify Sementara di carta Billboard Global bertarikh untuk minggu 18 Oktober 2025, Golden merupakan satu-satunya lagu yang bukan lagu Taylor Swift berada dalam senarai Top 10 - mengungguli No.2 dengan The Fate of Ophelia pada No.1. Golden juga satu-satunya bukan lagu-lagu Swift dalam senarai Top 10 Billboard Global 20...
Taylor Swift rampas 12 tempat teratas Billboard Hot 100
Berita, Hiburan

Taylor Swift rampas 12 tempat teratas Billboard Hot 100

Oleh BIANCA HILMAN  TAYLOR Swift menyerbu dan merampas 12 tempat teratas dalam Billboard Hot 100 - kesemuanya menerusi album baharunya, The Life of a Showgirl.  Pada carta bertarikh untuk minggu bermula 18 Oktober 2025 itu, lagu The Fate of Ophelia dari album tersebut mendahului pada No.1 disusuli 11 lagu lain mengisi kedudukan No.2 hingga 12.  Ia menyebabkan kesemua lagu penyanyi-penyanyi yang berada dalam senarai Top 10 pada minggu sebelumnya terkeluar, termasuk juara bertahan tiga minggu, lagu popular Huntrix, Golden yang tersingkir ke tempat ke-13. Swift juga merupakan satu-satunya artis yang pernah memegang keseluruhan 10 teratas Hot 100 dan kini mencapai kejayaan itu untuk kali ketiga. FOTO: Billboard/Luminate Figura ini mula-mula mengisi 1...
Penyanyi, model tersohor maut ditembak tiga kali di jalanan
Berita, Hiburan, Maskulin

Penyanyi, model tersohor maut ditembak tiga kali di jalanan

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA hiburan Latin sekali lagi berduka, Fede Dorcaz - penyanyi, model dan personaliti berbakat asal Argentina  telah ditembak mati secara tragis di Mexico City hanya beberapa hari sebelum dijadualkan muncul buat pertama kali dalam program realiti TV terkenal, Las Estrellas Bailan En Hoy. Kejadian mengejutkan ini bukan sekadar satu kehilangan besar buat industri hiburan, tetapi juga mencerminkan bahaya yang semakin meruncing di jalanan ibu kota Mexico. Diserang selepas latihan, dibunuh di jalanan Apa yang sepatutnya menjadi hari biasa berlatih tarian bertukar menjadi mimpi ngeri. Menurut kenyataan rasmi daripada Sekretariat Keselamatan Warga Mexico City, Dorcaz, 29, baru sahaja pulang dari sesi latihan apabila kenderaannya dipintas dua buah motosikal. ...
Huntrix pecah rekod! Atasi Blackpink, Destiny’s Child, BTS
Berita, Hiburan

Huntrix pecah rekod! Atasi Blackpink, Destiny’s Child, BTS

Oleh BIANCA HILMAN SIAPA sangka, grup fiksyen animasi kini muncul menjadi legenda global di alam nyata?  Huntrix (atau asalnya Huntr/x), kumpulan K-pop dari alam naskhah animasi K-Pop Demon Hunters - filem paling popular di Netflix buat masa ini, telah memecahkan rekod dunia sebenar dengan lagu hit mereka, Golden. Gempak kan? Bayangkan - Golden kini menjadi lagu pertama dari ‘girl group’ K-pop yang berjaya capai No. 1 di Billboard Hot 100 dan kekal di situ sehingga kini selama tiga minggu berturut-turut!  Takhta ini biasanya dikuasai penyanyi-penyanyi bertaraf superstar Hollywood seperti The Beatles, Michael Jackson, Mariah Carey, Taylor Swift, Ariana Grande dan yang seumpamanya. Sebelum ini, Blackpink paling hampir, dengan lagu Ice Cream featuring Selena Go...
Gaji tak besar, tapi Aina ada simpanan RM10,000
Realiti Kita

Gaji tak besar, tapi Aina ada simpanan RM10,000

Oleh DEANNA DEAN HIDUP di bandar tidak mudah. Setiap bulan, sebaik gaji masuk, belum sempat rasa lega, bil dan sewa rumah sudah menunggu. Kadangkala terasa seperti wang keluar lebih laju daripada masuk. Namun di tengah tekanan hidup ini, ada wanita yang membuktikan walau gaji kecil, kita masih boleh menyimpan. Duit itu bukan milik saya Aina Mohd Nor, 32, bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya. Gajinya tidak besar, hanya RM1,800 sebulan. Namun, siapa sangka, dalam masa tiga tahun, dia berjaya menyimpan lebih RM10,000. “Dulu saya memang boros. Gaji habis begitu saja. Tapi masa pandemik, saya hilang kerja sementara. Waktu itu saya sedar betapa susahnya hidup tanpa simpanan,” katanya perlahan, mengimbas waktu paling sukar dalam hidupnya. Sejak itu, Aina berjanji untu...
Panduan gaya karisma solekan wanita berwibawa
Glamour

Panduan gaya karisma solekan wanita berwibawa

Oleh BIANCA HILMAN APAKAH jenis solekan yang bukan sahaja kelihatan menarik paad padangan umum, tetapi menimbulkan aura wibawa kepada wanita? Soalan yang sangat baik untuk setiap wanita. Ini kerana solekan bukan sekadar tentang kecantikan luaran, tetapi juga mengeai bagaimana ia membentuk persepsi dan aura seseorang. Berikut adalah jenis solekan yang bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi juga menimbulkan aura wibawa dan keyakinan kepada wanita: Solekan 'power look' (Solekan profesional/korporat) Ia bertujuan untuk menyerlahkan ketegasan, profesionalisme dan kredibiliti — sangat sesuai untuk mesyuarat, temuduga, pembentangan, atau acara rasmi. Ciri-ciri utama: Kulit: 'Flawless matte finish' atau satin, dengan contouring ringan untuk menyerla...
Single kolaborasi Jisoo, Zayn Malik, Eyes Closed dilancarkan
Hiburan

Single kolaborasi Jisoo, Zayn Malik, Eyes Closed dilancarkan

Oleh BIANCA HILMAN PEMINAT muzik K-pop dan pop global kini mempunyai satu lagi sebab untuk teruja - kolaborasi antarabangsa hangat yang tidak dijangka, Jisoo Blackpink dan Zayn Malik! Jisoo yang juga salah seorang ahli kumpulan sensasi Korea Selatan, Blackpink telah melancarkan single terbaharunya, Eyes Closed kolaborasi bersama Zayn, mantan ahli kumpulan tersohor British, One Direction pada Jumaat, 10 Oktober 2025. Poster rasmi lagu tersebut yang dimuat naik oleh Jisoo di Instagram pada 6 Oktober 2025 memperlihatkan kedua-dua bintang tersohor itu dalam penampilan elegan serba hitam - penuh gaya namun tetap sopan. Zayn Malik dan anaknya, Khai ketika menghadiri konsert konsert Jelajah Dunia Deadline BLACKPINK di New York (FOTO: Medsos) Lirik ditujukan buat Gigi Hadid? Za...
Trend mekap hujung 2025: Gaya ringkas, efek wow!
Glamour

Trend mekap hujung 2025: Gaya ringkas, efek wow!

Oleh BIANCA HILMAN TAHUN 2025 semakin menuju ke penghujungnya, dan dunia kecantikan sekali lagi menghidangkan pelbagai gaya baru untuk kita hayati.Tapi jangan risau, kamu tak perlu jadi ‘makeup artist’ profesional atau obses dengan filter untuk ikut trend terkini. Gaya-gaya mekap tahun ini cukup sesuai untuk wanita seperti kita — yang suka tampil cantik, tetapi tidak berlebihan. Kami di Voolora kongsikan ringkasan trend mekap hujung tahun ini yang sesuai untuk wanita moden yang sederhana, bekerja, aktif, dan mahu nampak segar sepanjang hari. 1. Kulit sihat & berseri: 'Less is more' Trend utama hujung tahun ini masih kekal dengan konsep ‘skinimalism’ – mekap yang ringan, sihat dan menonjolkan kulit sebenar.Produk seperti serum foundation, tinted moisturiser dan cush...
Wanita dipertikai sertai GSF: Janna Nick bersuara!
Berita, Suara Wanita

Wanita dipertikai sertai GSF: Janna Nick bersuara!

Oleh BIANCA HILMAN ARTIS terkenal tanah air, Janna Nick lantang menyuarakan rasa kecewanya terhadap pihak yang mengecam penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk mereka yang mempertikaikan isu mahram. Menerusi satu hantaran penuh emosi tetapi dalam nada kesal dan tegas di media sosial (Facebook) miliknya, Janna menyelar golongan yang membuat komen negatif terhadap para aktivis, khususnya wanita, yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menyertai misi bantuan ke Gaza. “Korang (kamu) ingat dorang (mereka) live dekat TikTok tu suka-suka ke? Dorang atas kapal hampir sebulan dengan orang baru, language barrier (kekangan bahasa) lagi. Itu bukan percutian,” tegasnya, Pelakon drama bersiri, Selamat Pengantin Haru ini juga mengkritik sikap sese...