Banjir makin serius di Kelantan: Lebih 1,600 penduduk dipindahkan
Oleh BIANCA HILMAN
KOTA BHARU: Setakat jam 8 pagi hari ini, seramai 1, 654 penduduk daripada 667 keluarga telah dipindahkan ke 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga jajahan yang terkesan, Kota Bharu, Bachok dan Tumpat, berbanding malam tadi hanya 836 mangsa banjir.
Terkini, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Tumpat mencatat jumlah penduduk terjejas paling ramai dengan 651 individu daripada 278 keluarga, yang kini ditempatkan di tiga PPS, SK Sri Tumpat 2 dan SK Pengkalan Kubor 2 dan SK Kubang Batang, Tumpat.
Di Bachok, sebanyak 580 individu daripada 178 keluarga dipindahkan ke tiga PPS melibatkan SK Pauh Sembilan, SK Jelawat dan PPS terbaharu dibuka iaitu SK Pa’ Pura.
Sementara itu, Kota Bharu turut mencatat peningkatan jumlah penduduk t...

