Saturday, June 13

Tag: #Blackphone2 #filem #Ethanhawke #blumhouse

Black Phone 2 ‘mengganas’ di pawagam
Berita, Hiburan

Black Phone 2 ‘mengganas’ di pawagam

Oleh BIANCA HILMAN BLUMHOUSE kembali menguasai dunia seram! Selepas beberapa kegagalan mengejutkan, termasuk M3GAN 2.0, studio perfileman ikonik ini bangkit semula dengan naskhan terbaharunya, Black Phone 2 - dan hasilnya? Luar biasa. Sekuel yang ditunggu-tunggu ini berjaya mengutip AS$26.5 juta di Amerika Syarikat pada minggu pembukaan, jauh mengatasi jangkaan awal yang hanya meletakkannya sekitar AS$18 juta.  Pelakon remaja, Madeleine McGraw dalam majlis tayangan perdana Black Phone 2 di Los Angeles pada 9 Oktober 2025 (FOTO: Medsos). Di peringkat global pula, filem ini mengaut AS$42 juta, menjadikannya salah satu kutipan minggu pembukaan naskhah seram paling berjaya tahun ini di pawagam. Sebagai perbandingan, filem asalnya, Black Phone yang ditayangkan pada tahun 2...