Sunday, April 19

Tag: #dolla #isupakaianseksi #menterigama

Konsert Dolla 6 Disember dibatalkan
Berita, Hiburan

Konsert Dolla 6 Disember dibatalkan

Oleh BIANCA HILMAN KONSERT Dolla yang dijadual berlangsung pada 6 Disember 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor terpaksa dibatalkan selepas pihak penganjur, Sah Entertainment bersama syarikat rakaman kumpulan popular itu, Universal Music menilai semula keseluruhan persiapan acara. mengesahkan mereka berdepan kekangan masa dan masalah pengurusan dalaman.  Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media. Menurut penganjur, keputusan tersebut diambil selepas beberapa proses penting melibatkan produksi, logistik dan penyelarasan acara tidak dapat diselesaikan mengikut jadual. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Angel, Tabby dan Sabronzo (FOTO: Medsos) Pengarah Sah Entertainment, Sufie Rashid, berkata keputusan itu dibuat setela...
Episod baharu kontroversi isu seksi Dolla: Peguam tegur menteri agama
Berita, Hiburan

Episod baharu kontroversi isu seksi Dolla: Peguam tegur menteri agama

Oleh BIANCA HILMAN ISU kumpulan Dolla dan pakaian seksi memasuki episod baharu apabila seorang peguam, Latheefa Koya menegaskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan atas kesalahan syariah terhadap ahli kumpulan Dolla, Sabronzo (atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli) susulan sebuah video muzik yang didakwa terlalu seksi. “Seorang menteri kerajaan tidak mempunyai hak untuk menyiasat atau mendakwa rakyat,” hujah Latheefa dalam satu hantaran di laman X. Menurutnya lagi, sebarang pendakwaan sama ada di bawah undang-undang sivil atau syariah, hanya boleh dibuat oleh pihak pendakwa selepas siasatan yang adil dan saksama oleh badan penyiasatan yang berkenaan. “Dengan melancarkan ser...