Tuesday, July 21

Tag: #IT

Rindu Pennywise? It: Welcome to Derry musim 2 lebih kejam
Berita, Hiburan

Rindu Pennywise? It: Welcome to Derry musim 2 lebih kejam

Oleh BIANCA HILMAN SIRI lapan episod It: Welcome to Derry telah melabuhkan tirai musim pertamanya di HBO Max pada 14 Disember 2025 meraih sambutan yang sangat menggalakkan, dengan 'masyarakat' netizen global ‘kecoh’ dan gempar di seluruh media sosial terutama terhadap watak kanak-kanak Cuba-Amerika, Rich Santos (lakonan Arian S. Cartaya). Namun setakat ini belum ada pengumuman rasmi daripada HBO mengenai keputusan pembikinan Musim 2, namun menurut pencipta bersama dan pengarahnya, Andy Muschietti, siri seram HBO ini sebenarnya dirancang sebagai sebuah trilogi tiga musim. Arian S Cartaya (depan, kiri) di samping sebahagian daripada pelakon watak penting It: Welcome to Derry. Bagi peminat novel nukilan penulis prolifik Stephen King, trilogi prekuel ini bukan sekadar kisah sampin...
Gen Z ke konvensyen IT? ‘What I’m gonna wear’?
Berita, Glamour

Gen Z ke konvensyen IT? ‘What I’m gonna wear’?

Oleh BIANCA HILMAN  “Apa yang kita perlu pakai sekarang apabila pergi ke konvensyen IT?” Itu soalan yang terpacul dari mulut seorang Gen Z perempuan, Dina Marissa yang baru berusia 23 tahun. Secara amnya, fesyen yang digayakan Gen Z merujuk kepada gaya pakaian dan trend yang popular dalam kalangan generasi Z, iaitu mereka yang lahir kira-kira antara pertengahan 1990-an hingga awal 2010-an.  Fesyen ini sangat dipengaruhi oleh media sosial, budaya internet, dan gabungan pelbagai elemen retro serta moden. Fesyen uniseks dan gender-fluid (atau genderless) Gen Z (FOTO: YPulse). Ciri-ciri fesyen Gen Z tipikal biasanya termasuk: Kasual dan selesa -  pakaian yang praktikal seperti t-shirt oversized, hoodies, dan seluar jeans. Influence dari 90-an dan 2000-an - se...
Model Belarus diculik, dibunuh, dijual organ di Myanmar
Berita, Realiti Kita

Model Belarus diculik, dibunuh, dijual organ di Myanmar

Oleh BIANCA HILMAN TATKALA kes penculikan dan kurungan yang menyasarkan warga Korea  semakin meningkat di Kemboja baru-baru ini, satu insiden berlaku di negara jiran Thailand, apabila seorang model sambilan, asal Belarus diculik sebelum dibunuh selepas organnya dikeluarkan secara paksa oleh organisasi pemerdagangan manusia. Menurut laporan media asing, termasuk Daily Mail dalam laporan berita pada 17 Oktober 2025, Vera Kravtsova, 26, telah mengembara ke Bangkok, Thailand bulan lalu selepas menerima mesej yang menawarkan kerja sambilan untuk modelling dan pergi ke sana untuk temuduga. Sebaik tiba di Thailand, Vera yang juga bekas peserta program realiti TV, 'The Voice'Russia' itu, segera diculik oleh sebuah pertubuhan penjenayah tempatan dan dibawa ke kawasan sempadan Myanmar....