Konsert Dolla 6 Disember dibatalkan
Oleh BIANCA HILMAN
KONSERT Dolla yang dijadual berlangsung pada 6 Disember 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor terpaksa dibatalkan selepas pihak penganjur, Sah Entertainment bersama syarikat rakaman kumpulan popular itu, Universal Music menilai semula keseluruhan persiapan acara. mengesahkan mereka berdepan kekangan masa dan masalah pengurusan dalaman.
Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media.
Menurut penganjur, keputusan tersebut diambil selepas beberapa proses penting melibatkan produksi, logistik dan penyelarasan acara tidak dapat diselesaikan mengikut jadual.
Ahli kumpulan ini terdiri daripada Angel, Tabby dan Sabronzo (FOTO: Medsos)
Pengarah Sah Entertainment, Sufie Rashid, berkata keputusan itu dibuat setela...

