Hujan lebat dijangka di utara, barat Semenanjung – MetMalaysia
Oleh DEANNA DEAN
KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di beberapa negeri mulai hari ini hingga Selasa dijangka berlaku berikutan satu sistem tekanan rendah yang terbentuk di Selat Melaka dan kini berada pada kedudukan 5.4°U 98.3°T berhampiran perairan utara Semenanjung.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Mohd Hisham Mohd Anip, berkata sistem berkenaan hampir pegun dan dijangka bergerak ke arah barat laut menuju ke Teluk Benggala selepas tempoh 36 jam.
"Kemungkinan intensiti sistem ini untuk meningkat ke tahap siklon tropika lemah (Lekukan Tropika) adalah rendah.
"Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di negeri-negeri utara dan barat Semenanjung ...



