Saturday, May 30

Tag: #model

Polis wanita, mangsa penerbit Hollywood terbunuh
Berita, Realiti Kita

Polis wanita, mangsa penerbit Hollywood terbunuh

Oleh BIANCA HILMAN POLIS wanita yang merupakan salah seorang mangsa rogol penerbit Hollywood, David Brian Pearce terbunuh ketika menjalankan tugas. Lauren Craven merupakan salah seorang mangsa bersama-sama lapan lagi mangsa termasuk model Christy Giles dan rakan Giles, arkitek Hilda Cabrales-Arzola. Craven, 25, meninggal dunia pada 23 Oktober 2025 kurang sebulan selepas hari lahirnya yang ke-25. Pegawai polis dari La Mesa, California, itu telah  maut selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika menerpa untuk membantu mangsa yang terperangkap dalam kereta yang terbalik di lebuh raya di Interstate 8, timur laut San Diego pada jam 10.30 malam.  David Brian Pearce (FOTO: Medsos) Craven telah dikenal pasti hanya sebagai ‘Jane Doe #5’ sepanjang perbicaraan Pearce, d...
Bunuh model, arkitek: Penerbit Hollywood dipenjara 146 tahun
Berita, Realiti Kita

Bunuh model, arkitek: Penerbit Hollywood dipenjara 146 tahun

Oleh BIANCA HILMAN SEORANG penerbit Hollywood yang disabitkan kesalahan pada awal tahun ini kerana membunuh seorang model dan rakannya pada 2021 dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atau selama 146 tahun. Pejabat Peguam Daerah Los Angeles dalam kenyataan media pada 29 Oktober 2025, berkata David Brian Pearce, 42, didapati bersalah atas dua pertuduhan pembunuhan tahap pertama susulan kematian model, Christy Giles berusia 24 tahun dan rakannya, Hilda Marcela Cabrales-Arzola, seorang arkitek berusia 26 tahun akibat pengambilan berlebihan dadah fentanyl. Pearce juga disabitkan dengan jenayah rogol dan serangan seksual lain terhadap tujuh wanita lain antara 2007 dan 2021. Dia didakwa pada Julai 2022 dalam kematian berkaitan dadah. Timbalan Peguam Daerah Seth Carmack memberitahu ...
Model Belarus diculik, dibunuh, dijual organ di Myanmar
Berita, Realiti Kita

Model Belarus diculik, dibunuh, dijual organ di Myanmar

Oleh BIANCA HILMAN TATKALA kes penculikan dan kurungan yang menyasarkan warga Korea  semakin meningkat di Kemboja baru-baru ini, satu insiden berlaku di negara jiran Thailand, apabila seorang model sambilan, asal Belarus diculik sebelum dibunuh selepas organnya dikeluarkan secara paksa oleh organisasi pemerdagangan manusia. Menurut laporan media asing, termasuk Daily Mail dalam laporan berita pada 17 Oktober 2025, Vera Kravtsova, 26, telah mengembara ke Bangkok, Thailand bulan lalu selepas menerima mesej yang menawarkan kerja sambilan untuk modelling dan pergi ke sana untuk temuduga. Sebaik tiba di Thailand, Vera yang juga bekas peserta program realiti TV, 'The Voice'Russia' itu, segera diculik oleh sebuah pertubuhan penjenayah tempatan dan dibawa ke kawasan sempadan Myanmar....