Sunday, April 19

Tag: #Nadma

Kedah pula banjir: Beberapa sungai di Selangor, Perlis, Sarawak melepasi paras bahaya
Berita

Kedah pula banjir: Beberapa sungai di Selangor, Perlis, Sarawak melepasi paras bahaya

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Kedah menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir, selepas Kelantan dan Terengganu, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga buah negeri itu sebanyak 2,112 mangsa sehingga awal pagi ini.  Menurut Laman web Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sehingga pukul 10 pagi, seramai 1,565 orang di Kelantan, 264 orang di Terengganu manakala 225 orang di Kedah. Sementara, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataan memaklumkan, kesemua 225 mangsa daripada 66 keluarga dari daerah Kulim ditempatkan di PPS Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang, Surau Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Naga Lilit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pe...