Cacing pemakan daging dikesan di Texas
Oleh ZARA JANE
TEXAS: Industri penternakan Amerika Syarikat (AS) berdepan kebimbangan baharu apabila satu kes disyaki melibatkan parasit berbahaya dikenali sebagai ‘New World screwworm’ atau cacing pemakan daging dikesan di selatan Texas.
Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), sampel yang diambil daripada dua ekor anak lembu di sebuah ladang ternakan di La Pryor, Texas kini sedang menjalani ujian lanjut di makmal persekutuan selepas keputusan awal menunjukkan hasil positif.
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘positif andaian’, bermakna ujian awal menunjukkan tanda-tanda kehadiran parasit berkenaan, namun pengesahan rasmi masih belum diperoleh.
Sekiranya disahkan, ia bakal menjadi ancaman serius kepada sektor ternakan negara itu yang sejak lebih setahun lalu berus...

