Predator: Badlands mengganas di pawagam: Elle Fanning suntik emosi
Oleh BIANCA HILMAN
FILEM Predator: Badlands memuncaki tangga box-office dengan kutipan minggu pembukaan global mencecah AS$80 juta, termasuk AS$40 juta dari tayangan sulung di Amerika Utara - prestasi yang melebihi jangkaan dan menandakan kebangkitan box-office dalam tempoh musim luruh yang lesu.
Kutipan tiket minggu pembukaan filem ini bukan sahaja tertinggi bagi francais Predator, malah mengatasi rekod Alien vs. Predator (2004) yang mencatat AS$38.3 juta.
Dengan bajet AS$105 juta, Badlands kini menjadi filem Predator paling mahal, tetapi juga paling berjaya dari segi sambutan awal.
Filem kelapan dalam francais ini, diarahkan dan ditulis oleh Dan Trachtenberg, membawa kelainan segar: di sebuah planet terpencil, seorang pemangsa (Predator) muda (lakonan Dimitrius Schuste...

