Banjir maut melanda Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Thailand: Lebih 300 terkorban
Oleh BIANCA HILMAN
KUALA LUMPUR: Banjir besar yang dicetuskan oleh hujan lebat luar biasa serta kesan Ribut Tropika Senyar telah melanda beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara, mengorbankan lebih 300 orang dan menjejaskan berjuta-juta penduduk di Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Situasi yang dianggap antara yang terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini turut memusnahkan infrastruktur, menenggelamkan penempatan, memutuskan hubungan jalan raya dan mengganggu operasi harian di banyak kawasan.
Banjir dengan arus yang sangat deras di Songkhla, Thailand menhentam kediaman penduduk meragut 100 nyawa (FOTO: Medsos).
Thailand merupakan negara paling terjejas di Asia Tenggara setakat ini, selepas mencatatkan jumlah korban sebanyak 145 orang, menurut ...

