Friday, June 5

Tag: #SarahMatthews #KaitlanCollins #DonaldTrump

Berani soal, berani bela: Dua wanita gugat keselesaan Trump
Berita, Suara Wanita

Berani soal, berani bela: Dua wanita gugat keselesaan Trump

Oleh BIANCA HILMAN DALAM dunia yang masih sering menilai wanita berdasarkan senyuman, penampilan dan bahasa tubuh mereka, wartawan CNN, Kaitlan Collins, sekali lagi meraih perhatian selepas menjadi sasaran serangan lisan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Apa yang menarik perhatian bukan sekadar kata-kata Trump, tetapi pendedahan mengejutkan daripada bekas Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Matthews, yang mendakwa Collins merupakan satu-satunya wartawan yang paling menakutkan Trump dan bekas Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Kayleigh McEnany ketika beliau bertugas dalam pentadbiran Trump. Pendedahan itu dibuat selepas satu insiden di Pejabat Oval pada Rabu yang menyaksikan Trump bertukar daripada menjawab soalan dasar kerajaan kepada mengkritik Collins secara peribad...