Anna Camp mohon maaf kongsi hantaran Scream 7
Susunan BIANCA HILMAN
LOS ANGELES: Aktres, Anna Camp yang sebelum ini terkenal menerusi siri filem Pitch Perfect, memohon maaf selepas berkongsi semula satu hantaran media sosial mengenai kejayaan filem ‘slasher’ Scream 7 meraih kutipan minggu pembukaan dalam tempoh tiga hari mencecah lebih AS$100 juta.
Anna yang memegang watak sebagai Jessica Bowden dalam Scream 7 membuat hantaran mengenai filem itu yang berdepan boikot dan tunjuk perasaan orang ramai ketika majlis tayangan perdana filem itu baru-baru ini.
Anna memuat naik imej di Instagram Story miliknya dengan lagu Karma nyanyian Taylor Swift sebagai latar.
Hantaran itu berbunyi: “Boikot itu tidak berjaya. Kebencian pengkritik tidak berjaya. Kebocoran yang menyedihkan tidak berjaya. Apa yang berjaya ialah penonton datang dan...

