Sunday, September 6

Tag: #TaylorSwift #ToyStory5

‘Toy Story 5’ pecah rekod global, Taylor Swift No.1 Billboard 
Berita, Hiburan

‘Toy Story 5’ pecah rekod global, Taylor Swift No.1 Billboard 

Susunan BIANCA HILMAN LOS ANGELES: Gabungan magis francais filem Toy Story dan pengaruh luar biasa populariti Taylor Swift mencipta fenomena terkini global apabila siri kelimanya, Toy Story 5 mencatat kutipan pembukaan (hasil kutipan hujung minggu Jumaat-Ahad) terbesar tahun ini mencecah AS$312 juta (RM1.47 bilion), manakala lagu tema filem itu alunan Taylor Swift,  I Knew It, I Knew You menduduki tangga teratas carta Billboard Hot 100. Filem terbaharu Disney dan Pixar itu meraih kutipan domestik (Amerika Utara) sebanyak AS$160 juta (RM753 juta) pada hujung minggu pembukaannya, sekali gus memecahkan rekod francais yang sebelum ini dipegang oleh Toy Story 4 dengan AS$120 juta pada 2019. Di peringkat antarabangsa, Toy Story 5 turut mencatat prestasi cemerlang dengan kutipan AS$...