🌸 Tiada istilah terlambat: Kisah kejayaan Yana Samsudin
Oleh BIANCA HILMAN
“TAK ada istilah terlambat kalau kita betul-betul nak ubah hidup.”
Itu sebaris kata-kata ‘emas’ pelakon dan pengarah terkenal, Yana Samsudin, yang wajar dijadikan inspirasi buat semua wanita agar kekal tabah, gigih berusaha dan tidak pernah mengenal erti putus asa demi mencapai kejayaan.
Baru-baru ini, Yana berkongsi kisah kejayaannya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Korporat di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui laman Facebook rasmi universiti berkenaan.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini menerima ijazahnya daripada Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, pada Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-20, yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UMPSA, Pekan, Pahang.
Yana di samping Prof Yatimah pada Majlis Ko...

