Zohran Mamdani Datuk Bandar Muslim pertama New York City
Oleh BIANCA HILMAN
SAAT empati menjadi kuasa! New York City baru sahaja menulis sejarah baharu - bukan sekadar dalam politik, tetapi juga dalam harapan dan keberanian untuk berubah.
Nama yang kini menjadi bualan seluruh dunia ialah Zohran Mamdani, anak kelahiran Kampala, Uganda, berusia 34 tahun yang baru sahaja pada hari ini, dipilih sebagai Datuk Bandar Muslim pertama dan pemimpin demokratik sosialis pertama dalam sejarah bandar raya terbesar Amerika Syarikat itu.
Dalam pilihan raya yang mencatatkan penyertaan pengundi paling tinggi dalam beberapa dekad, Zohran menewaskan dua nama besar: bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo dan calon Republikan, Curtis Sliwa.
Anak kelahiran Uganda yang dibesarkan di New York kini selayaknya mewakili penduduk bandar raya terbesar di Amerika S...

