
Oleh BIANCA HILMAN
PEMENANG 16 anugerah Grammy, Adele bakal mengubah haluan dari dunia muzik untuk berlakon di layar perak dengan kemunculan debutnya, Cry to Heaven, filem adapatasi dari novel karya unggulan Anne Rice.

Bakal diarahkan mantan pereka fesyen tersohor, Tom Ford, filem itu menampilkan nama-nama mega aktor terdiri daripada Nicholas Hoult (yang pada tahun ini muncul watak antagonis dalam filem Superman), Aaron Taylor-Johnson, Colin Firth, Paul Bettany dan bintang remaja pemenang Emmy dari siri Netflix Adolescence, Owen Cooper.
Berlatar belakang dunia abad ke-18 ia mengisahkan mengenai sekumpulan lelaki yang bergelar ‘castrati’ – bintang nyanyian yang dikebiri bagi untuk mengekalkan vokal tinggi mereka.

Selain mengarah, Ford yang menjual gedung fsyennya kepada Estee Lauder dengan harga AS$2.8 bilion pada 2022, selepas mengambil keputusan mengundur diri dari industri glamor itu telah menghasilkan dua buah filem tersohor dan bergaya – A Single Man, dibintangi oleh Firth dan Hoult pada 2009; dan Nocturnal Animals (2016) yang telah meraih dua pencalonan Bafta.

Merujuk kepada novel yang diterbitkan pada tahun 1982 itu, ia memfokus kisah dua orang ‘castrati’ yang menjadi penyanyi opera berjaya di Venice dan kehidupan mereka saling berkaitan.
Antara novel best-selling Anne Rice lain yang telah difilemkan termasuklah Queen of the Damned lakonan mending penyanyi tersohor, Aaliyah dan Interview with the Vampire lakonan Brad Pitt, Tom Cruise, Christian Slater, Kirsten Dunst, Thandiwe Newton, dan Antonio Banderas.

Barisan pelakon Cry to Heaven antara yang telah diumumkan terdiri daripada:
Nicholas Hoult
Aaron Taylor-Johnson
Adele
Ciarán Hinds
George MacKay
Mark Strong
Colin Firth
Paul Bettany
Owen Cooper
Daniel Quinn-Toye
Hunter Schafer
Josephine Thiesen
Thandiwe Newton
Theodore Pellerin
Daryl McCormack
Cassian Bilton
Hauk Hannemann
Lux Pascal

