Sunday, April 19

Five Nights at Freddy’s 2 raih 300% daripada bajet asal dalam 48 jam

Oleh BIANCA HILMAN

FILEM Five Nights at Freddy’s 2 yang mula ditayangkan secara global pada 5 Disember 2025, terus mencatat kejayaan luar biasa di pawagam — dalam masa 48 jam pertama sahaja, ia telah meraih 300% daripada bajet asal AS$36 juta. 🤯🔥

Kejayaan ini tidak mengejutkan, kerana filem pertama, Five Nights at Freddy’s (2023), sudah meletakkan asas kukuh; dengan bajet sekitar AS$20 juta, filem asal berjaya meraih sekitar AS$297 juta hasil kutipan global, menjadikannya salah satu francais horror paling menguntungkan.

Hujung minggu pembukaan filem lakonan Josh Hutcherson, Elizabeth Lail, Piper Rubio, dab Matthew Lillard, McKenna Grace dan Skeet Ulrich itu menyaksikan kutipan global mencecah AS$109 juta, dan terkini, jumlah kutipan telah meningkat kepada sekitar AS$113.6 juta secara global. 

Animatronik ikonik, jalan cerita penuh suspen, dan lore Freddy Fazbear’s Pizza terus memikat peminat lama dan generasi baru, menjadikan filem ini satu kejayaan box-office. 🩸📈

Walaupun pengkritik memberikan ulasan bercampur, sambutan penonton tetap sangat positif. Kejayaan ini menegaskan bahawa cinta peminat terhadap francais filem ini jauh lebih berkuasa daripada skor kritikal. 

Filem ini bukan sahaja menyeramkan, tetapi juga mengukuhkan kedudukan francais sebagai salah satu horror francais paling berjaya di dunia hiburan moden.

Dengan prestasi awal yang luar biasa dan kutipan terkini AS$113.6 juta, Five Nights at Freddy’s 2 dijangka terus mendominasi pawagam, dan potensi tayangan streaming global serta sekuel atau spin-off pasti akan mengekalkan populariti francais ini untuk tahun-tahun akan datang.