Saturday, June 13

‘Single’ terbaharu Ariana Grande No. 1 dunia

Oleh BIANCA HILMAN

SINGLE terbaharu Ariana Grande, Hate That I Made You Love Me  kini dijulang sebagai lagu No1 dunia membuat penampilan sulung di kedudukan teratas pada kedua-dua carta Billboard Global 200 dan Billboard Global Excl. A.S, serta carta Billboard Hot 100 pada minggu ini.

Hate That I Made You Love Me merupakan lagu pertama yang ditampilkan sebelum single pertama dari album studio kelapannya, Petal akan dilancarkan oada 31 Julai 2026.

Kejayaan Hate That I Made You Love Me susulan ia telah mencatatkan 63.4 juta strim dan terjual 81,000 muat turun di seluruh dunia sejak daripada tarikh pelancarannya pada 29 Mei hingga 4 Jun 2026, menurut Luminate.

Sebelum ini Ariana meraih No.1 Global 200 dengan single, We Can’t Be Friends (Wait for Your Love) (selama satu minggu, Mac 2024); Yes, And? (dua minggu, Januari-Februari 2024); Save Your Tears (seminggu, Mei 2021), duo bersama The Weeknd; dan Positions (seminggu, November 2020).

Sementara pada carta Global Excl. A.S., Ariana mengungguli No.1 menerusi We Can’t Be Friends (Wait for Your Love) (selama satu minggu), Yes, And? (dua minggu) dan Positions (dua minggu).

Lagu Michael Jackson kekal No.3 

Kedudukan No.2 pada carta Billboard Global 200 pada minggu ini ialah single Drake, Janice STFU selepas bertahan selama dua minggu di kedudukan No.1, manakala single Michael Jackson, Billie Jean kekal di No. 3, sejurus seminggu berada pada kedudukan itu, selepas mengungguli puncak No.1 pada bulan Mei.

Sementara single terbaharu Olivia Rodrigo, The Cure pada minggu ini berundur dari No. 2 ke No.4 pada minggu keduanya berada di carta berkenaan, sementara single kumpulan K-Pop popular BTS, Swim tergelincir dari kedudukan ke-4 ke No. 5 selepas empat minggu mengunguli  No. 1 sepanjang bulan April.

Ariana di samping aktor Justin Long dalam video muzik single, Hate That I Made You Love Me.

Dalam pada itu, di  carta Global Excl. A.S., Swim turun ke No. 2 selepas lapan minggu berada di puncak sejak April; Billie Jean kembali ke No. 3 daripada kedudukan tertingginya pada No. 2; Beauty and a Beat, single lama Justin Bieber, yang menampilkan rap oleh rapper Nicki Minaj, jatuh dari No.3 ke No.  selepas dua minggu di No. 1 pada bulan Mei; dan  single duo Tame Impala dan JENNIE, Dracula jatuh dari No.4 ke No.5 selepas mencapai No.2 pada minggu lepas.

Billboard Global 200 dan Global Excl. Carta A.S., yang bermula pada September 2020, menilai kedudukan lagu berdasarkan aktiviti penstriman dan jualan yang dikumpulkan dari lebih 200 wilayah di seluruh dunia, seperti yang disusun oleh Luminate. 

Global 200 merangkumi data seluruh dunia, manakala carta Global Excl. A.S. terdiri daripada data dari wilayah tidak termasuk Amerika Syarikat.

Ariana kini mengumpul 10 lagu yang berjaya meraih No.1 dalam carta lagu popular dan terlaris di pasaran.

Kedudukan carta adalah berdasarkan formula berwajaran yang menggabungkan penstriman rasmi sahaja pada kedua-dua peringkat langganan dan sokongan iklan perkhidmatan muzik audio dan video, serta jualan muat turun, yang mana yang terakhir mencerminkan pembelian daripada peruncit muzik digital perkhidmatan penuh dari seluruh dunia, dengan jualan daripada tapak terus kepada pengguna (D2C) dikecualikan daripada pengiraan carta.

Lagu ke-10 No.1 Billboard Hot 100

Sementara pada carta Billboard Hot 100, Hate That I Made You Love Me membuat kemunculan debut pada  No. 1 di Billboard Hot 100, menjadi single ke-10 superstar pop itu yang meraih kedudukan teratas dalam carta tersebut.

Billboard Hot 100 menggabungkan penstriman semua genre di Amerika Syarikat (audio rasmi dan video rasmi), siaran radio dan data jualan, metrik terakhir yang mencerminkan pembelian single fizikal dan trek digital daripada peruncit muzik digital perkhidmatan penuh; manakala jualan single digital daripada laman web terus kepada pengguna (D2C) dikecualikan daripada pengiraan carta.

Pencapaian single-single terlaris global dalam kesemua carta tersebut adalah sehingga 13 Jun 2026, sebelum pengumuman kedudukan terbaharu carta-carta tersebut untuk minggu hadapan diumumkan pada Selasa, 15 Jun ini. – VOOLORA 9/6/2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *