
“SAYA bermimpi bahawa gema konflik akan digantikan dengan suara dialog dan persefahaman yang harmoni. Tetapi impian sahaja tidak mencukupi; koleksi kamilah yang akan menjadikan impian ini kenyataan…Keamanan bukan hanya untuk pemimpin dunia, ia bermula dalam komuniti dan rumah kita. Keamanan memerlukan tindakan” – Nilofar Ayoubi
Oleh BIANCA HILMAN
NILOFAR Ayoubi baru berusia 4 tahun apabila seorang yang tidak dikenali memukulnya di jalanan kerana tidak memakai tudung.
Selepas itu, bapanya membuat keputusan yang ekstrem; rambut Nilofar digunting pendek sebelum ibu Nilofar diarahkanny dipakaikan pakaian seperti budak lelaki.
Ia bukan permainan atau gurauan, ia adalah satu-satunya cara yang dia temui untuk dia bergerak dengan lebih bebas di bawah rejim pemerintahan Taliban di Afghanistan.

Begitulah cara Nilofar yang dilahirkan pada tahun 1993 ini hidup selama hampir 10 tahun. Dia meraih kebebasan yang dikecapi lelaki warga Afghanistan – dapat keluar bersama bapanya, pergi ke pasar, bermain di jalanan, melakukan judo, karate, dan menunggang basikal; sementara adik-beradik perempuannya masih terperangkap dengan peraturan yang menyekat hak kebebasan kanak-kanak perempuan.
Namun, semuanya berubah apabila dia datang haid dan terpaksa kembali menjalani kehidupan yang telah dia usahakan dengan susah payah untuk lari daripada sekatan dan penindasan jantina.
Bertahun-tahun kemudian, Nilofar menjadi ahli perniagaan wanita, mewujudkan pekerjaan untuk wanita di Afghanistan, dan terpaksa melarikan diri selepas Taliban kembali memegang tampuk pemerintahan di negara itu pada 2021.

Hari ini Nilofar, 36, menetap di Poland dan menyatakan bahawa hidup sebagai seorang budak lelaki adalah satu rahmat dan juga satu ‘sumpahan – ia menghancurkan dirinya, tetapi ia juga menjadikannya kuat, dan kini menjadi aktivis.
Minatnya sebagai aktivis bermula daripada kehidupannya sebagai kanak-kanak wanita ketika Afghanistan di kuasai Taliban.
Dek kerana bimbang akan nyawanya dan disebabkan oleh risiko perkahwinan paksa, sebahagian besar zaman kanak-kanak Nilofar, dia berpakaian seperti budak lelaki, dalam erti kata lain menyamar, demi untuk memastikan keselamatan dan aksesnya ke sekolah tidak dihalang.
Sepanjang zaman universitinya, Nilofar secara aktif terlibat dalam kewartawanan dan memperjuangkan hak wanita.

Walaupun terdapat ancaman keganasan selepas berkahwin dengan seorang diplomat Hazara yang terkemuka, Nilodar gigih dan mengasaskan pelbagai perniagaan di Afghanistan, menjana peluang pekerjaan untuk ratusan wanita.
Di tengah-tengah era pandemik COVID-19, Nilofar menyelaraskan pengagihan bantuan makanan kepada 15,000 keluarga di Kabul Barat.
Dia menubuhkan Rangkaian Penyertaan Politik Wanita, menyatukan wanita dari pelbagai latar belakang untuk memperjuangkan hak politik kolektif. Keluarganya terselamat daripada serangan ganas PADA 2020.

Apabila Taliban kembali mengambil alih Afghanistan pada Ogos 2021, Nilofar menjadi sasaran berprofil tinggi kerana aktivismenya. Dalam satu temu bual, beliau menyatakan, “Saya sedang menunggu kematian saya.”
Demi keselamatan, Nilofar dipindahkan ke Poland dan diberikan status residensi sementara.
Di Poland, perjuangannya mendapat pengiktirafan antarabangsa. Beliau terlibat dalam pelbagai persidangan di Eropah serta bekerjasama dengan organisasi dan institusi antarabangsa yang memperjuangkan hak wanita Afghanistan.
Dia menyertai pelbagai persidangan Eropah dan bekerjasama dengan entiti seperti Wakil Khas Kesatuan Eropah (EU) untuk Afghanistan dan Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Afghanistan.

Nilofar juga menjadi penceramah dalam acara TEDx Women di Warsaw pada tahun 2021.
Sebagai Rakan Pengasas organisasi di Poland dan Amerika Syarikat, Nilofar terus berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Asia Times.Af dan editor di Akhbar-Alan, memastikan liputan berita Afghanistan yang tepat, terutamanya cabaran berterusan yang dihadapi oleh wanita dan gadis.
Melalui aktivisme, kewartawanan dan kepimpinannya, Nilofar memastikan dunia tidak melupakan cabaran yang masih dihadapi oleh wanita di Afghanistan.
Kisah Nilofar Ayoubi sesungguhnya adalah bukti bahawa pengalaman hidup yang penuh kesukaran boleh melahirkan keberanian luar biasa untuk memperjuangkan perubahan dan keadilan, khususnya hak wanita. – VOOLORA 11/6/2026
