
- Oleh BIANCA HILMAN
KETIKA ini, media sosial hangat dengan pelbagai reaksi terhadap sekumpulan aktivis wanita yang menyertai misi kemanusiaan di luar negara, Global Sumud Flotilla.
Apa yang menyedihkan, usaha mereka yang ikhlas dan penuh pengorbanan itu dipertikaikan oleh segelintir pihak – kononnya mereka ‘pergi untuk content’, ‘nak popular’, dan ada juga yang mempersoalkan kenapa wanita sanggup tinggalkan keluarga untuk pergi jauh.
Satu persoalan: Bila lelaki pergi berjihad, pergi kerja offshore, pergi konvoi motor berhari-hari – ada kita soal?
Di sebalik kamera dan ‘live TikTok’
Ramai tak tahu atau mungkin sengaja tak mahu tahu bahawa misi bantuan ini bukanlah seindah gambar yang dimuat naik atau siaran langsung yang kita tonton sepintas lalu.
Mereka berlayar hampir sebulan atas kapal, hidup dengan orang asing, bertahan dengan makanan seadanya, dan komunikasi terbatas disebabkan perbezaan bahasa.
Mereka LIVE bukan untuk ‘content suka-suka’. Itu cara mereka hilangkan rasa sunyi, sekali gus nak cipta kesedaran tentang apa yang berlaku. Tapi, masih ada yang memilih untuk menghina.
Kaya tapi cetek empati?
Ada satu kisah benar yang disebut seorang aktivis – seorang makcik pernah berkata: “Saya tak boleh duduk dengan orang B40.”
Hari ini, ada pula yang dari kelompok T20 bersikap serupa – memandang sinis usaha aktivis, seolah-olah mereka tak setaraf, tak cukup elit untuk dihormati.
Sayangnya, kekayaan tak selalu datang dengan empati.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, bila wanita sesama wanita saling merendahkan antara satu sama lain. Di mana solidariti kita?
Kalau tak mampu turun padang, jangan ‘pijak’ yang sedang berjuang
Bukan semua mampu menyertai misi bantuan. Itu realiti. Namun, kalau tak mampu buat kebaikan, jangan pula kita jadi batu penghalang kepada yang sedang berusaha. Dunia ini perlukan lebih ramai penyokong senyap, bukan pengkritik lantang yang kosong.
Di Voolora, kami percaya…
Wanita moden hari ini bukan hanya tentang ‘girlboss’ atau ‘modesty squad’. Kita di tengah – tahu bila nak lembut, bila perlu tegas. Kita pilih untuk menyokong wanita yang berani, yang berprinsip, yang berjuang dengan akal dan hati.
Kalau ada wanita sanggup tinggalkan keselesaan demi bantu orang lain – itu bukan perkara kecil. Itu kekuatan.
Akhir kata, justeru hormati pilihan orang lain, terutamanya bila pilihan itu dibuat demi kebaikan sesama manusia. Dunia ini terlalu sakit untuk kita tambah racun sesama sendiri.
VooloraVoices
Untuk wanita yang tahu bila nak berdiri, bila nak tenang – tapi tak pernah tunduk pada kejahilan.
globalsumudflotilla #voolara #VooloraVoices #wanita #Palestin #girlboss #Gaza #modestysquad

Tq for the cute article on woman & our right in a nice way.. Luv it