Saturday, May 30

Tag: globalsumudflotilla

Lima hari di ‘neraka’: Suara Greta Thunberg dari penjara Israel
Berita, Suara Wanita

Lima hari di ‘neraka’: Suara Greta Thunberg dari penjara Israel

Oleh BIANCA HILMAN “Apa yang kami lalui hanya sekelumit daripada apa yang dialami rakyat Palestin.” – Greta Thunberg, aktivis Sweden Dalam suhu membakar 40 darjah Celcius, dengan tangan bergari dan kepala tunduk ke tanah, Greta Thunberg, ikon aktivisme iklim dunia melalui lima hari bagaikan neraka di penjara Israel.  Dia tidak bersendirian. Bersamanya, ratusan aktivis termasuk 23 orang dari Malaysia dari 40 kapal dalam armada bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) cuba menyampaikan ubat dan makanan ke Gaza, wilayah yang dikunci, dibisukan, dan disekat bantuan. Greta ditahan ketika flotilla aktivis GSF diserbu tentera laut Israel pada 1 Oktober 2025. Senjata diacukan, bendera dirampas, ubat-ubatan dibuang ke laut. Di pelabuhan Ashdod, penahanan bertukar menjadi penghinaan. ...
Wanita dipertikai sertai GSF: Janna Nick bersuara!
Berita, Suara Wanita

Wanita dipertikai sertai GSF: Janna Nick bersuara!

Oleh BIANCA HILMAN ARTIS terkenal tanah air, Janna Nick lantang menyuarakan rasa kecewanya terhadap pihak yang mengecam penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk mereka yang mempertikaikan isu mahram. Menerusi satu hantaran penuh emosi tetapi dalam nada kesal dan tegas di media sosial (Facebook) miliknya, Janna menyelar golongan yang membuat komen negatif terhadap para aktivis, khususnya wanita, yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menyertai misi bantuan ke Gaza. “Korang (kamu) ingat dorang (mereka) live dekat TikTok tu suka-suka ke? Dorang atas kapal hampir sebulan dengan orang baru, language barrier (kekangan bahasa) lagi. Itu bukan percutian,” tegasnya, Pelakon drama bersiri, Selamat Pengantin Haru ini juga mengkritik sikap sese...
Perempuan tak boleh keluar negara tanpa mahram?
Suara Wanita

Perempuan tak boleh keluar negara tanpa mahram?

Oleh: BIANCA HILMAN SETIAP kali ada wanita ke luar negara untuk misi kemanusiaan (seperti Global Sumud Flotilla) atau kerja, mesti ada yang komen:“Mana mahram dia?”“Tak boleh keluar negara tanpa lelaki!”“Ini dah langgar hukum.” Sabar dulu.Isu mahram bukan semudah 'boleh' atau 'tak boleh'.Ia bukan tentang ‘nak langgar hukum’ atau ‘nak tunjuk moden’. Ini tentang kefahaman konteks dan keperluan semasa. 🧕🏼 Apa kata Islam? Ya, dalam mazhab Syafie dan beberapa mazhab lain, memang disebutkan larangan wanita musafir tanpa mahram, khususnya jika perjalanan itu jauh dan mendedahkan kepada bahaya. TAPI - ulama-ulama semasa telah membuka ruang berdasarkan situasi dan keperluan. Antaranya:Jika perjalanan itu selamat.Jika wanita tersebut dalam kumpulan yang dipercayai (rombong...
Wanita ke sana bukan untuk berseronok!
Suara Wanita

Wanita ke sana bukan untuk berseronok!

Oleh BIANCA HILMAN KETIKA ini, media sosial hangat dengan pelbagai reaksi terhadap sekumpulan aktivis wanita yang menyertai misi kemanusiaan di luar negara, Global Sumud Flotilla. Apa yang menyedihkan, usaha mereka yang ikhlas dan penuh pengorbanan itu dipertikaikan oleh segelintir pihak – kononnya mereka ‘pergi untuk content’, ‘nak popular’, dan ada juga yang mempersoalkan kenapa wanita sanggup tinggalkan keluarga untuk pergi jauh. Satu persoalan: Bila lelaki pergi berjihad, pergi kerja offshore, pergi konvoi motor berhari-hari – ada kita soal? Di sebalik kamera dan ‘live TikTok’ Ramai tak tahu atau mungkin sengaja tak mahu tahu bahawa misi bantuan ini bukanlah seindah gambar yang dimuat naik atau siaran langsung yang kita tonton sepintas lalu. Merek...