Tuesday, April 21

“Saya ibu yang baik…” – Tapi anak menjauhkan diri

Oleh BIANCA HILMAN

DUNIA melihat Victoria Beckham sebagai lambang kejayaan – isteri kepada ikon bola sepak David Beckham, pereka fesyen global, bekas bintang pop tersohir global Spice Girls dengan gelaran ‘Posh Spice’ yang kini memimpin empayar sendiri. 

Namun tidak semua kejayaan mampu menyembunyikan luka yang paling peribadi – luka seorang ibu.

Victoria Beckham, 51, nama yang disanjung di pentas dunia fesyen dan hiburan, menyimpan rahsia yang jarang diperlihatkan – sebuah hati ibu yang terluka. 

Dalam dokumentari terbaharunya yang ditayangkan di Netflix saat ditanya apakah pengertian tajuk episod pertama, Who Is Victoria Beckham Now?, ibu kepada empat anak ini berkata dengan nada tenang tapi sarat dengan beban emosi yang tak terucap:


“I am a good mom.” (“Aku seorang ibu yang baik”)

Keluarga Beckham hadir pada majlis pelancaran dokumentari Victoria di Netflix tanpa kehadiran Brooklyn (FOTO: Medsos)

Dokumentari terbaharu di Netflix itu bukan hanya kisah kejayaan, tetapi juga sebuah pengakuan tentang pengorbanan dan jarak yang kini terjalin di antara kasih ibu dan anak sulungnya, Brooklyn.

Ia ternyata bukan satu kenyataan biasa. Ia adalah pengakuan penuh bererti seorang wanita yang telah memberi segalanya – namun kini hanya mampu berdiri dari jauh, melihat anak yang disayanginya berpaling tanpa menoleh lagi.

Namun kenyataan itu membawa satu persoalan besar: Bagaimana mungkin seorang ibu yang memberi segalanya berasa tersisih oleh anak sendiri?


Brooklyn Beckham: Anak sulung yang hilang arah?

Brooklyn Beckham, kini berusia 26 tahun, bukan lagi jadi tumpuan kerana pencapaiannya, tetapi kerana sikap dinginnya terhadap dokumentari ibunya. 

Ketika Victoria berusaha mengabadikan kisah hidupnya yang penuh warna, Brooklyn memilih untuk menjauhkan diri – tidak hadir di majlis ulang tahun ibunya, malah lebih memilih waktu bersama isterinya yang dikahwini sejak 2022 – pelakon filem Transformers: Age of Extinction, Nicola Peltz, 30, seperti di acara seperti Coachella.

Kedua-dua Brooklyn dan Nicola, 30, muncul seketika dalam dokumentari Victoria itu yang mula ditayangkan pada 9 Oktober 2025.

Walaupun begitu, mereka tidak menghadiri tayangan perdana global di London bersama-sama dengan seluruh keluarga Beckham di tengah-tengah khabar angin bahawa Brooklyn sedang bertelagah dengan keluarganya itu.

Takala wartawan bertanya agar dia memberikan komen dengan dokumentari ibunya itu, Brooklyn hanya memberi senyuman kaku dan mengalihkan perbincangan kepada jenama sos panasnya, Cloud23.

“Semua orang dalam keluarga (Beckham) kecewa siri (dokumentari) ini sangat penting untuk Victoria,” kata sumber dalaman mengenai sikap Brooklyn itu.

Victoria dan David Beckham bersama-sama empat anak mereka. (FOTO: Medsos)

Bukan hanya ibu bapanya yang Brooklyn telah mengabaikan, tetapi adik-beradiknya juga. Dia melangkau hari lahir adiknya, Romeo, 23, pada bulan lepas.

“David dan anak-anak lelaki (Romeo dan Cruz) juga sangat marah (dengan sikap Brooklyn) sekarang ini,” tambah sumber.

Brooklyn seolah-olah takut untuk menentang isterinya, dan nampaknya ketakutan itu membuatkan dia ‘terlebih’ setia kepada isterinya buat masa ini, berbanding keluarga darah dagingnya sendiri


Ketegangan antara Nicola & Victoria 

Ketegangan yang tersembunyi antara Victoria dan menantunya, Nicola dikatakanturut memberi tekanan emosi kepada Brooklyn. Dari hubungan dingin itu muncul kabar bahawa Nicola mahu suaminya kekal ‘setia’ padanya — suatu ketegangan yang merenggangkan ikatan keluarga Beckham.

Sementara dalam dokumentari tersebut, Victoria mengimbas kembali masa lalu dirinya:

“Saya akui dulu memang seorang attention seeker sewaktu zaman Spice Girls. Tapi dunia fesyen mengajar saya, kerja keras adalah kunci untuk membuktikan kejayaan pada diri sendiri.”

Transformasi Victoria dari ikon pop menjadi pereka fesyen bertaraf global bukan hanya soal kerjaya, tapi perjuangan untuk memelihara dan mempertahankan kasih sayang kekeluargaan yang diancam faktor semakin renggang.

Usia perkahwinan pasangan David dan Victoria Beckham kini mencecah lebih 25 tahun (FOTO: Medsos)

Kasih ibu ujian terbesar seorang wanita

Kisah Victoria lebih dari sekadar dokumentari selebriti. Ia cermin kepada jutaan ibu di luar sana yang memberi segalanya, namun berhadapan dengan jarak dan ketidakpastian hubungan dengan anak-anak mereka.

Dalam dunia yang mengagungkan kejayaan dan populariti, hati ibu tetap diuji oleh cinta yang tak berbalas sepenuhnya.

Tonton & rasai kisah seorang ibu yang ditinggalkan

Dokumentari Victoria Beckham kini boleh ditonton di Netflix. Saksikan bukan sahaja perjalanan gemilang Victoria, tapi juga ujian hati terhadap dirinya yang jarang terserlah dalam khalayak umum.

Victoria dan David di samping Brooklyn (kiri) dan Nicola (FOTO: Medsos)


Refleksi Voolora: Bila dunia milik anak, tapi ibu yang terpinggir

Ini bukan sekadar kisah seorang selebriti. Ini kisah semua ibu yang pernah berasa sepi walaupun di tengah kejayaan anak-anaknya yang sudah dewasa, namun melupakan segala jerit payah si ibu membesarkannya selama ini. 

Kasih ibu tidak pernah meminta balasan, tapi dia sentiasa berharap agar sentiasa dihargai.

🌸 Kadang-kadang, ujian terbesar seorang ibu bukanlah kegagalan atau kemiskinan, tetapi jarak emosi dengan anak yang pernah dibesarkannya sendiri. 🌸


💬 Apa kata anda, Voolorians?

Dalam realiti perkahwinan moden, di mana kasih sayang dipikul oleh dua hati yang berbeza, bagaimana sepatutnya seorang anak menyeimbangkan antara ibu dan pasangan hidup?

#VOOLORAVOICES

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen atau gunakan tanda pagar #VooloraVoices di media sosial. Mari kita dengar dan rasa bersama.