Sunday, May 31

Tag: #AI

Dari kedai dobi ke Stanford: Rahsia tekad Dr Fei-Fei Li mengubah dunia AI
Berita, Suara Wanita

Dari kedai dobi ke Stanford: Rahsia tekad Dr Fei-Fei Li mengubah dunia AI

Oleh DEANNA DEAN Di balik nama besar dalam dunia kecerdasan buatan (AI), jarang kita tahu kisah manusia biasa yang menempuh perjalanan luar biasa. Dr Fei-Fei Li, antara tokoh paling berpengaruh dalam AI moden, bukan lahir dari keluarga hartawan, bukan diasuh dalam suasana mewah, dan bukan tumbuh sebagai “genius” yang disuap peluang. Kisahnya bermula jauh dari makmal canggih, ia bermula dari sebuah kedai dobi kecil di New Jersey. Berhijrah dengan harapan tipis Fei-Fei dilahirkan di Beijing sebelum membesar di Chengdu, China. Kehidupan keluarganya sederhana, ayahnya bekerja dalam bidang komputer di kilang kimia, ibunya seorang guru sekolah menengah. Namun ketika ekonomi China mula bergolak, ayahnya berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mencari peluang baru. Fei-Fei hanya menyusul ...
Wanita Jepun kahwini lelaki AI: Fiktoseksualiti Kano & Klaus
Berita, Realiti Kita

Wanita Jepun kahwini lelaki AI: Fiktoseksualiti Kano & Klaus

Oleh BIANCA HILMAN DI Okayama, Jepun, seorang wanita berusia 32 tahun yang hanya dikenali sebagai Kano, baru-baru ini telah melangsungkan sebuah majlis perkahwinan simbolik dengan pasangan yang langsung tidak wujud di dunia fizikal — tetapi wujud dalam emosinya: Klaus, persona AI yang dicipta menggunakan ChatGPT. Majlis itu diselaras oleh syarikat yang pakar dalam bentuk ‘perkahwinan watak 2D’, ditujukan kepada mereka yang memilih pasangan maya atau fiksyen.  Kano memakai persalinan tradisional sambil menggunakan cermin mata AR (Augmented Reality atau Realiti Tambahan — teknologi yang menggabungkan dunia sebenar dengan elemen digital seperti teks, imej, dan model 3D untuk memberikan pengalaman yang diperkaya, membolehkan pengguna melihat objek maya yang ditindih pada dunia n...
‘Penyanyi bukan manusia’ juara carta Billboard
Berita, Hiburan

‘Penyanyi bukan manusia’ juara carta Billboard

Oleh BIANCA HILMAN INDUSTRI muzik sekali lagi digoncang oleh kehadiran artis bukan manusia. Lagu terbaharu Breaking Rust — ya, artis yang sepenuhnya dijana teknologi kecerdasan pintar (AI) — kini mendominasi carta, membuktikan bahawa muzik era digital bergerak jauh lebih pantas daripada perdebatan mengenainya. Tewaskan penyanyi manusia Trek Walk My Walk melonjak ke No. 1 Carta Country Digital Song Sales Billboard sejak 8 November 2025, menewaskan penyanyi country sebenar yang bertahun-tahun membina kerjaya mereka, termasuk Ella Langley yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Dengan vokal serak ala Chris Stapleton dan lirik generik mengenai “ditentang tapi tak mengalah”, lagu ini sebenarnya dihasilkan oleh komputer — dan ramai pendengar mungkin tidak menyedarinya. Breaki...