Nubhan & Dr Fie: Bila kejayaan lelaki dirai, hak wanita dipinggirkan
Oleh BIANCA HILMAN
KUALA LUMPUR: Isu rumah tangga selebriti kembali menjadi tumpuan, namun kali ini ia lebih daripada sekadar gosip hiburan.
Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, lebih dikenali sebagai Dr Fie, pada malam (Isnin) tadi mendedahkan pengalaman mengejutkan apabila mendakwa pelbagai barangan peribadinya diangkut keluar dari rumah yang didiaminya bersama anak-anak tanpa sebarang notis, semasa beliau dan anak‑anaknya itu berada di luar negara.
Dalam hantaran di Threads, Dr Fie menceritakan bagaimana barangannya ‘dicampak’ di depan rumah ibu bapanya, sementara CCTV didakwa ditutup, menimbulkan persoalan serius tentang etika, hak wanita, dan perlindungan undang‑undang.
Kejadian ini bukan sahaja meninggalkan kesan emosi, malah menimbulkan risiko kehilangan barangan berha...

