Lelaki durjana: Melda dicerai talak tiga ‘suami lupa daratan’
Oleh BIANCA HILMAN
Ada kisah yang membuat dada terasa sesak walau kita tidak mengenalinya.Kisah tentang wanita yang berjuang di sisi lelaki, yang menanggung lapar, penat dan harapan - hanya untuk ditinggalkan ketika hidup mula menjanjikan sedikit terang.
Dialah Melda Safitri, 33 tahun, dari Aceh Selatan, Aceh. Video wanita tabah ini kini viral biarpun kejadian tragis luka dalam hidupnya berlaku sekitar Ogos lalu.
Namanya kini menjadi perbualan seluruh Indonesia, malah mungkin selepas ini satu dunia; namun bukan kerana glamor, tetapi kerana luka — luka yang terlalu dalam untuk disembunyikan.
Angkara sang lelaki durjana bergelar ‘suami lupa daratan’.
Disebabkan suaminya sebelum ini tidak mempunyai pekerjaan, Melda membanting tulang menjual sayur-sayuran antaranya cili de...

