Sunday, May 31

Tag: #Nubhan #Drfie #gegarvaganza #Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek

Dr Fie bakal failkan tindakan sivil terhadap Nubhan
Berita, Hiburan

Dr Fie bakal failkan tindakan sivil terhadap Nubhan

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Bekas isteri Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, bakal memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suaminya susulan dakwaan pecah masuk kediaman, mengeluarkan barangan peribadi serta menukar kunci rumah tanpa kebenaran. Peguam syarie yang mewakili Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata anak guamnya kini berada di luar negara dan dijangka membuat laporan polis sebaik tiba di tanah air, esok, berhubung tindakan yang didakwa membawa keluar pelbagai barangan miliknya daripada kediaman berkenaan tanpa notis dan keizinan. Menurut Akberdin, tindakan itu jelas melanggar undang-undang walaupun rumah berkenaan didaftarkan atas nama Nubhan. Katanya, sesiapa pun termasuk pemilik rumah tidak boleh memasuki atau mengelu...
Peguam Nubhan nafi dakwaan Dr Fie barang peribadinya dicampak
Berita, Hiburan

Peguam Nubhan nafi dakwaan Dr Fie barang peribadinya dicampak

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Isu melibatkan penyanyi Nubhan Ahamad dan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, kembali menjadi perhatian apabila timbul dakwaan barangan peribadi Dr Fie dibuang keluar dari rumah yang didiaminya sebelum ini. Bagaimanapun, peguam syarie yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli, tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak benar serta bersifat fitnah. Menurut Mohd Redzuan dipetik dari laporan Harian Metro sebagai berkata bahawa tindakan Nubhan mengalihkan barangan milik bekas isterinya dilakukan kerana beliau bercadang untuk menetap semula di kediaman berkenaan, yang juga merupakan rumah atas namanya sendiri. “Anak guam saya meminta pandangan undang-undang sebelum mengambil tindakan. Saya jelaskan ba...
Nubhan & Dr Fie: Bila kejayaan lelaki dirai, hak wanita dipinggirkan
Berita, Hiburan, Suara Wanita

Nubhan & Dr Fie: Bila kejayaan lelaki dirai, hak wanita dipinggirkan

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Isu rumah tangga selebriti kembali menjadi tumpuan, namun kali ini ia lebih daripada sekadar gosip hiburan.  Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, lebih dikenali sebagai Dr Fie, pada malam (Isnin) tadi mendedahkan pengalaman mengejutkan apabila mendakwa pelbagai barangan peribadinya diangkut keluar dari rumah yang didiaminya bersama anak-anak tanpa sebarang notis, semasa beliau dan anak‑anaknya itu berada di luar negara. Dalam hantaran di Threads, Dr Fie menceritakan bagaimana barangannya ‘dicampak’ di depan rumah ibu bapanya, sementara CCTV didakwa ditutup, menimbulkan persoalan serius tentang etika, hak wanita, dan perlindungan undang‑undang.  Kejadian ini bukan sahaja meninggalkan kesan emosi, malah menimbulkan risiko kehilangan barangan berha...