Saturday, May 30

Tag: #Palestin #Gaza

‘Drama’ misteri kehilangan bekas Ketua Peguam Tentera Israel
Berita, Realiti Kita

‘Drama’ misteri kehilangan bekas Ketua Peguam Tentera Israel

Oleh BIANCA HILMAN KETIKA ramai daripada kita sibuk dengan rutin harian, satu berita mengejutkan datang dari Israel. Bekas Ketua Peguam Tentera Israel, Mejar Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi, dilaporkan hilang pada pagi Ahad sebelum ditemui semula dalam keadaan selamat beberapa jam kemudian. Keluarganya risau selepas gagal menghubunginya sejak awal pagi. Kereta beliau ditemui di pantai berhampiran Tel Aviv, bersama nota misteri yang dipercayai nota bunuh diri di rumahnya.  Segera, polis dan tentera Israel melancarkan operasi besar-besaran, dan akhirnya menemuinya selamat pada malam hari.  Kini, Tomer-Yerushalmi, 51, berada di bawah pengawasan pihak keselamatan untuk rawatan dan siasatan lanjut. Keadaan ini berlaku hanya dua hari selepas beliau meletakkan jawatan...
Lima hari di ‘neraka’: Suara Greta Thunberg dari penjara Israel
Berita, Suara Wanita

Lima hari di ‘neraka’: Suara Greta Thunberg dari penjara Israel

Oleh BIANCA HILMAN “Apa yang kami lalui hanya sekelumit daripada apa yang dialami rakyat Palestin.” – Greta Thunberg, aktivis Sweden Dalam suhu membakar 40 darjah Celcius, dengan tangan bergari dan kepala tunduk ke tanah, Greta Thunberg, ikon aktivisme iklim dunia melalui lima hari bagaikan neraka di penjara Israel.  Dia tidak bersendirian. Bersamanya, ratusan aktivis termasuk 23 orang dari Malaysia dari 40 kapal dalam armada bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) cuba menyampaikan ubat dan makanan ke Gaza, wilayah yang dikunci, dibisukan, dan disekat bantuan. Greta ditahan ketika flotilla aktivis GSF diserbu tentera laut Israel pada 1 Oktober 2025. Senjata diacukan, bendera dirampas, ubat-ubatan dibuang ke laut. Di pelabuhan Ashdod, penahanan bertukar menjadi penghinaan. ...
Wanita dipertikai sertai GSF: Janna Nick bersuara!
Berita, Suara Wanita

Wanita dipertikai sertai GSF: Janna Nick bersuara!

Oleh BIANCA HILMAN ARTIS terkenal tanah air, Janna Nick lantang menyuarakan rasa kecewanya terhadap pihak yang mengecam penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk mereka yang mempertikaikan isu mahram. Menerusi satu hantaran penuh emosi tetapi dalam nada kesal dan tegas di media sosial (Facebook) miliknya, Janna menyelar golongan yang membuat komen negatif terhadap para aktivis, khususnya wanita, yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menyertai misi bantuan ke Gaza. “Korang (kamu) ingat dorang (mereka) live dekat TikTok tu suka-suka ke? Dorang atas kapal hampir sebulan dengan orang baru, language barrier (kekangan bahasa) lagi. Itu bukan percutian,” tegasnya, Pelakon drama bersiri, Selamat Pengantin Haru ini juga mengkritik sikap sese...