Tuesday, July 21

Tag: #Singapura #pyjamaman

Lelaki serbu, peluk bahu Ariana Grande di Singapura, dihadapkan ke mahkamah
Berita, Hiburan

Lelaki serbu, peluk bahu Ariana Grande di Singapura, dihadapkan ke mahkamah

Oleh BIANCA HILMAN TAYANGAN perdana filem The Wicked: For Good di Singapura pada awal malam ini, Khamis (13 November, 2025) yang sepatutnya menjadi momen glamor, bertukar kecoh seketika apabila seorang lelaki tiba-tiba melompat melepasi penghadang dan berlari ke arah bintang pop dan pelakon Amerika tersohor, Ariana Grande. Insiden itu berlaku ketika acara permaidani kuning di Universal Studios Singapore (USS) sedang berlangsung.  Beberapa video yang tersebar di media sosial menunjukkan lelaki berkenaan berlari ke arah Grande, memeluk bahunya dengan kasar dan melompat-lompat dengan teruja sebelum ditahan oleh pasukan keselamatan. Rakan pelakon filem itu yang turut hadir -  Cynthia Erivo, Jeff Goldblum, Tan Sri Michelle Yeoh serta pengarah Jon M. Chu  dilihat terkejut dengan...