Saturday, May 30

Tag: #thailand

Banjir maut melanda Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Thailand: Lebih 300 terkorban
Berita

Banjir maut melanda Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Thailand: Lebih 300 terkorban

Oleh BIANCA HILMAN KUALA LUMPUR: Banjir besar yang dicetuskan oleh hujan lebat luar biasa serta kesan Ribut Tropika Senyar telah melanda beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara, mengorbankan lebih 300 orang dan menjejaskan berjuta-juta penduduk di Sri Lanka, Indonesia, Malaysia dan Thailand.  Situasi yang dianggap antara yang terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini turut memusnahkan infrastruktur, menenggelamkan penempatan, memutuskan hubungan jalan raya dan mengganggu operasi harian di banyak kawasan. Banjir dengan arus yang sangat deras di Songkhla, Thailand menhentam kediaman penduduk meragut 100 nyawa (FOTO: Medsos). Thailand merupakan negara paling terjejas di Asia Tenggara setakat ini, selepas mencatatkan jumlah korban sebanyak 145 orang, menurut ...
Hat Yai dilanda banjir teruk, diisytihar zon bencana kritikal
Berita

Hat Yai dilanda banjir teruk, diisytihar zon bencana kritikal

Susunan DEANNA DEAN BANGKOK: Hat Yai diisytiharkan sebagai zon bencana `red-flag' (kritikal) selepas dua hari hujan lebat yang memaksa pemindahan penduduk. Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, pula memberi jaminan bahawa wilayah-wilayah di selatan mempunyai pelan tindak balas dan bantuan akan menyusul. Hat Yai tenggelam dalam kekacauan lewat malam Khamis lalu selepas hujan berterusan selama dua hari membawa sejumlah besar air masuk ke kawasan komersial bandar itu, mendorong pihak berkuasa mengisytiharkan darurat banjir kritikal serta menggesa penduduk berpindah ke kawasan selamat. Pada jam 10 malam tadi, Datuk Bandar Majlis Perbandaran Hat Yai, Narongporn Na Phatthalung, mengumumkan pengisytiharan bencana melibatkan 65 komunit, iaitu 28 di Daerah 1, 29 di Daerah 2 dan 8 di Dae...
Dihina ‘bodoh’ penganjur Thailand: Ratu Universe Mexico bangkit lawan!
Berita, Suara Wanita

Dihina ‘bodoh’ penganjur Thailand: Ratu Universe Mexico bangkit lawan!

Oleh BIANCA HILMAN 👑“Jika ia menghilangkan maruah anda, bangkit pertahankan!” – Fátima Bosch Ketika lampu sorot sepatutnya menonjolkan keanggunan dan semangat wanita di pentas Miss Universe 2025 di Thailand, menjelang peringkat final yang bakal berlangsung pada 21 November 2025, sesuatu yang lebih bermakna terjadi - kebangkitan solidariti wanita! Segalanya bermula apabila Ratu Universe Mexico, Fátima Bosch, memilih untuk meninggalkan acara selepas dikatakan dihina secara terbuka oleh Pengerusi Eksekutif Miss Universe Thailand, Nawat Itsaragrisil, yang melabelkan dirinya sebagai 'dummy' (bodoh) kerana enggan menyertai bahan promosi tempatan. Namun, apa yang berlaku seterusnya membuktikan bahawa ratu sejati tidak hanya berdiri untuk mahkota Miss Universe - mer...
Model Belarus diculik, dibunuh, dijual organ di Myanmar
Berita, Realiti Kita

Model Belarus diculik, dibunuh, dijual organ di Myanmar

Oleh BIANCA HILMAN TATKALA kes penculikan dan kurungan yang menyasarkan warga Korea  semakin meningkat di Kemboja baru-baru ini, satu insiden berlaku di negara jiran Thailand, apabila seorang model sambilan, asal Belarus diculik sebelum dibunuh selepas organnya dikeluarkan secara paksa oleh organisasi pemerdagangan manusia. Menurut laporan media asing, termasuk Daily Mail dalam laporan berita pada 17 Oktober 2025, Vera Kravtsova, 26, telah mengembara ke Bangkok, Thailand bulan lalu selepas menerima mesej yang menawarkan kerja sambilan untuk modelling dan pergi ke sana untuk temuduga. Sebaik tiba di Thailand, Vera yang juga bekas peserta program realiti TV, 'The Voice'Russia' itu, segera diculik oleh sebuah pertubuhan penjenayah tempatan dan dibawa ke kawasan sempadan Myanmar....