Thursday, April 2

Berita

Taylor Swift rampas 12 tempat teratas Billboard Hot 100
Berita, Hiburan

Taylor Swift rampas 12 tempat teratas Billboard Hot 100

Oleh BIANCA HILMAN  TAYLOR Swift menyerbu dan merampas 12 tempat teratas dalam Billboard Hot 100 - kesemuanya menerusi album baharunya, The Life of a Showgirl.  Pada carta bertarikh untuk minggu bermula 18 Oktober 2025 itu, lagu The Fate of Ophelia dari album tersebut mendahului pada No.1 disusuli 11 lagu lain mengisi kedudukan No.2 hingga 12.  Ia menyebabkan kesemua lagu penyanyi-penyanyi yang berada dalam senarai Top 10 pada minggu sebelumnya terkeluar, termasuk juara bertahan tiga minggu, lagu popular Huntrix, Golden yang tersingkir ke tempat ke-13. Swift juga merupakan satu-satunya artis yang pernah memegang keseluruhan 10 teratas Hot 100 dan kini mencapai kejayaan itu untuk kali ketiga. FOTO: Billboard/Luminate Figura ini mula-mula mengisi 1...
Penyanyi, model tersohor maut ditembak tiga kali di jalanan
Berita, Hiburan, Maskulin

Penyanyi, model tersohor maut ditembak tiga kali di jalanan

Oleh BIANCA HILMAN DUNIA hiburan Latin sekali lagi berduka, Fede Dorcaz - penyanyi, model dan personaliti berbakat asal Argentina  telah ditembak mati secara tragis di Mexico City hanya beberapa hari sebelum dijadualkan muncul buat pertama kali dalam program realiti TV terkenal, Las Estrellas Bailan En Hoy. Kejadian mengejutkan ini bukan sekadar satu kehilangan besar buat industri hiburan, tetapi juga mencerminkan bahaya yang semakin meruncing di jalanan ibu kota Mexico. Diserang selepas latihan, dibunuh di jalanan Apa yang sepatutnya menjadi hari biasa berlatih tarian bertukar menjadi mimpi ngeri. Menurut kenyataan rasmi daripada Sekretariat Keselamatan Warga Mexico City, Dorcaz, 29, baru sahaja pulang dari sesi latihan apabila kenderaannya dipintas dua buah motosikal. ...
Huntrix pecah rekod! Atasi Blackpink, Destiny’s Child, BTS
Berita, Hiburan

Huntrix pecah rekod! Atasi Blackpink, Destiny’s Child, BTS

Oleh BIANCA HILMAN SIAPA sangka, grup fiksyen animasi kini muncul menjadi legenda global di alam nyata?  Huntrix (atau asalnya Huntr/x), kumpulan K-pop dari alam naskhah animasi K-Pop Demon Hunters - filem paling popular di Netflix buat masa ini, telah memecahkan rekod dunia sebenar dengan lagu hit mereka, Golden. Gempak kan? Bayangkan - Golden kini menjadi lagu pertama dari ‘girl group’ K-pop yang berjaya capai No. 1 di Billboard Hot 100 dan kekal di situ sehingga kini selama tiga minggu berturut-turut!  Takhta ini biasanya dikuasai penyanyi-penyanyi bertaraf superstar Hollywood seperti The Beatles, Michael Jackson, Mariah Carey, Taylor Swift, Ariana Grande dan yang seumpamanya. Sebelum ini, Blackpink paling hampir, dengan lagu Ice Cream featuring Selena Go...
Wanita dipertikai sertai GSF: Janna Nick bersuara!
Berita, Suara Wanita

Wanita dipertikai sertai GSF: Janna Nick bersuara!

Oleh BIANCA HILMAN ARTIS terkenal tanah air, Janna Nick lantang menyuarakan rasa kecewanya terhadap pihak yang mengecam penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk mereka yang mempertikaikan isu mahram. Menerusi satu hantaran penuh emosi tetapi dalam nada kesal dan tegas di media sosial (Facebook) miliknya, Janna menyelar golongan yang membuat komen negatif terhadap para aktivis, khususnya wanita, yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menyertai misi bantuan ke Gaza. “Korang (kamu) ingat dorang (mereka) live dekat TikTok tu suka-suka ke? Dorang atas kapal hampir sebulan dengan orang baru, language barrier (kekangan bahasa) lagi. Itu bukan percutian,” tegasnya, Pelakon drama bersiri, Selamat Pengantin Haru ini juga mengkritik sikap sese...
Selamat datang ke Voolora: Ruang di mana anda diraikan
Berita

Selamat datang ke Voolora: Ruang di mana anda diraikan

Pernahkah anda rasa penat? Penat melihat suapan media sosial yang penuh dengan kehidupan 'sempurna'. Penat membaca tajuk berita yang membuatkan wanita rasa serba tak kena. Penat dengan nasihat 'positif toksik' yang menyuruh (sebenarnya memaksa) anda senyum walaupun hati sedang rapuh. Jika ya, anda tidak keseorangan. Dan kerana inilah, Voolora wujud. Selamat datang ke rumah baru anda. Sebuah ruang digital yang dibina bukan untuk memberitahu anda siapa yang anda patut jadi, tetapi untuk meraikan siapa diri anda sebenarnya — dengan segala kekuatan, kerapuhan, persoalan, dan kemenangan anda. Di Voolora, kami percaya pada perbualan yang autentik - because you matter!