Canon perkenal dua ‘kuasa’ baharu untuk pencipta kreatif
Oleh BIANCA HILMAN
CANON Marketing Malaysia (Canon) sekali lagi membuktikan komitmennya terhadap inovasi dalam dunia pengimejan dengan pelancaran dua produk terbaharu dalam sistem tanpa cermin EOS R - kamera EOS R6 Mark III bingkai penuh dan kanta utama standard RF45mm F1.2 STM.
EOS R6 Mark III hadir sebagai evolusi kepada model terdahulu dengan peningkatan dalam kualiti imej, kelajuan serta kebolehpercayaan, direka khas untuk pencipta kandungan yang mahu merakam setiap momen dengan kejelasan dan ketepatan luar biasa.
Dipasangkan dengan RF45mm F1.2 STM, kanta bukan profesional dengan apertur terluas Canon setakat ini, pengguna kini boleh menikmati latar belakang kabur yang cantik (bokeh), prestasi unggul dalam cahaya malap, dan reka bentuk padat serta ringan — kombinasi sempurna u...










